Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Suka-Duka Majlis Aqiqah Muhammad Thaqif

Assalamualaikum.
Breath in,breath out.Breath in,breath out.phewwwww!
Haaaaa!pelikkan?Siang td buat kenduri,malam update blog.xpenat ke? Penat la jugak,tp td dah tido 2 jam.ok lah.dpt rehatkan badan :)


Alhamdulillah,selesai sudah Majlis Aqiqah Muhammad Thaqif siang td 29/12/2013. Semua berjalan dengan lancar dan dimeriahkan lg dengan kehadiran saudara -mara. Dengan rasa rendah diri,sy mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk majlis kami.x tergambar ucapan terima kasih kami kepada semua yg sudi hadir.


Seperti biasa,intro blog mummy mesti pria sorang ni.Best!Thaqif dapat pakai seperti apa yang sy bayangkan.Simple & yang wajib,mesti Islamic! wah gituuuu.hihi. Pencarian baju Thaqif bermula dari August.Puas sy google,search,cari jubah size baby 8/9 bulan sangatlah susah! Paling kecil pon biasanya setahun! Memandangkan size Thaqif juga agak kecil,lg menyukarkan sy.Last solution,sy tanya kenalan di FB mana nak cari Jubah lelaki?

Alhamdulillah.Soalan sy disahut oleh saudara sy sendiri,Along Yunita yg berada di Jeddah. Along bg tau yg dia akan balik around october.ok! Sy pon kirim untuk Thaqif & Hubby. Memandangkan mereka slim melim,sy hnya bg tinggi mereka berdua sahaja,so Along akan carikan.Sampai je Along ke Malaysia,terus pergi ambil.Wahhhhhh!!so nice!! Kain yg sangat cantik & selesa.Yang cute,baju Thaqif.mmg exactly his size.Yang paling best,along kata, Jubah Thaqif x payah bayar.Present! Syukur,rezeki anak.

Satu lg masalah,kopiah!!susah nakj caari size baby.mummy keliling satu melaka,at last jumpa! Suami sgt kagum sbb sy rajin ke sana & ke mari hanya untuk dapatkan ape yang sy nak.Ye la,sekali je Aqiqah ni.Lg pun,anak mencerminkan ibu :)

pg ni,wo siapkan Thaqif mcm biasa.Yang kelakar,dia dah siap,sy bawak tengok cermin.Thaqif tengok cermin dan gekakkan diri dia.mcm x percaya kononnya! hahahahaha.

apa yg sayu,kopiah ni sebijik mcm kopiah yang arwah pakwo (Moyang lelaki) Thaqif selalu pakai.Dan,kalau ada yg perasan,bentuk kepala belakang Thaqif,sebijik mcm pakwo.die mcm leper sikit!hihi.Al-Fatihah!




ini je la sempat bergambar!lepastu,nan-ado! kelam kabut jugak ada majlis & ada anak serentak!xpe,learning process :)










candy buffet! buffet la sangatss!hihi.nak buat cm ni,mmg dah lama sangat teringin! tp bila tanya si designer2 candy buffet ni,semua harga,melethopss lethoppss! sudahnya,dah! biar mummy buat sendiri! Sy punya niat,nak bg kids gula-gula sbb gift sy pulut kuning & telur as per request! Dari sy kawen sampai la anak sy pon telur.So,sy intend nak buat satu table yg kids boleh makan gula-gula atau tapau terus masuk pocket :) Not bad la kannn! first try.




ha!ini lg satu impian sy,chehwahhh!! nak sgt buat marhaban group lelaki.sbb anak lelaki kan,so unik sikit.sy x pentingkan mahal ke tidak,yg sy pentingkan unik.so,unik x ramai org buat!hihi.gituwwww,kelasss jah! x sangka pula disebabkan group qasidah ni,Majlis Aqiqah anak sy di label besar-besaran. So far,sy sgt satisfied dgn goup Ustax Rizan ni sbb last,diorang ber ya hanana. 

Kami x buat cukur jambul atas permintaan suami.So,last sekali,kami hanya bawa Thaqif keliling ustaz-ustaz ni untuk di bacakan doa & di tiupkan ke ubun-ubunnya. time ni,sy x tau la kenapa hati ni rasa sebakkk sgt.sayuuuu sgt.Perasaan yang x tergambar ni datang secara tiba.Sy bersyukur kerana sy dapat seorang suami yg baik & bertanggungjawab. 

Dalam hati fikir macam-macam.Sy rasa Allah makbulkan doa sy utk cari bapa yg terbaik buat anak-anak sy.Di sebabkan banyak perangai lelaki yg bukan-bukan zaman sekarang, sebelum sy kahwin,sy minta agar Allah pertemukan sy dgn lelaki yg boleh jd bapa yg baik pd anak-anak sy.x layan sy dgn baik pon xpe la,janji dgn anak die sayang,baik & tahu tanggungjawab :) Syukur! Sebak sangat,x boleh tipu.

Itulah serba sedikit mengnai majlis siang td.Terima Kasih pada yang sudi hadir. Terharu sgt anda boleh spent time untuk hadir ke majlis anak sy.Assalamualaikum & Selamat Malam :)


3 comments:

Neder Safwan said...

meremang saya baca blog madam nie . mnitis jugak airmata bila baca yang ending2 tuh . seolah2 suatu prsaan yg indah sngt2 yg tak mmpu d'ungkap . benar lah kan , wanita yg baik untuk lelaki yg baik , juga sebalik nya . proud of u madam . madam mmg layak dpt yg trbaik . semoga kekal bahagia hingga ke JANNAH . Buat thaqif , semoga thaqif tmbuh mmbesar jadi anak yg soleh , anak yang berjaya dunia akhirat & tidak lupa pada jasa orang tua kelak . U ar MY INSPIRATION madam ^_^ kimsalam thaqif yer madam ^_^ huhu

MYA JASMINE said...

Such a beauty life...congrates iylia...u deserve it...semangat yg ada pada ko insyaallah akan jatuh pada thaqif...semoga bahagia ke akhir hayat juga ke jannah...dan semoga thaqif menjadi anak yg solleh buat kakian berdua...aminnnn....

MYA JASMINE said...
This comment has been removed by the author.