Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Daddy & anaknya!


Assalamualaikum.Syukur masih diberi nikmat & rezeki dari Allah s.w.t.bagaimana dengan hujung minggu anda?Saya,seperti biasa,wikend adalah hari yang paling dinanti2kan.Tp,since dah xda lg kelas malam, rasa lega sikit.Semakin bertambahlah masa untuk sikecilku,Thaqif! 


5 bulan 17 hari
First time hubby melamar sy,ape yg paling penting ialah “boleh ke bro ni jaga anak2 aku nnti?Kurus je..larat ke dukung anak?” hihi.Kalau nak jg sy,xpe kot!sy reti jg diri sendiri.Tp yg mustahak dan paling penting ialah anak2 sy.Dari kecil,sy mmg impikan dpt suami yg penyayang,understanding dan loving dengan anak2.Pendek kata,nak suami yang type “Family Man” gitu!!



 potostet daddy konon.Mana buktinya?hihihi
Dan.dan.dan.yang paling penting,lelaki tu jangan cepat naik tangan dengan anak2. Ya,sy fhm.ada diantara kita dididik dengan cara garang,kasar dan rotan.Memang sy akui,anak2 takut dengan tindakan itu,Tp,adakah rasa hormat mereka pd kita? Sy selalu pesan pd hubby,jgn marah2 anak xtentu arah.Esok,bila kita sakit,dia takut nak dekat sbb dulu masa kecik kita asyik marah dia je.Eh,ada betulnya,terbukti!


Tengok!Muka ade toys baru? Yor,yor,O x?
Mata merah sbb tahan mata x moh tido!!
Dah besar kononnya!
Untuk didikan anak2,sy lebih terapkan cara nasihat dan menegur. Bukannya cara marah-marah naik hangin xtentu pasal.Walaupun luaran sym cm tempered gitu,kan.. tp,dengan anak InsyaAllah sy cuba kawal. Sy pernah dengar ceramah ustazah di radio,mendidik cara nabi adalah didikan yg paling sempurna. Sebagai contoh, kalau Thaqif merengek sepanjang hari bila dia demam.Kalau x betul, mmg boleh jd marah tau.tp,sy cuba berkomunikasi “Thaqif,xboleh mcm ni.sakit ni dugaan dari Allah.kenapa Allah menduga? Sbb Allah sayang. Thaqif anak sulung.Thaqif kena kuat.”

 Mummy & Daddy x pernah buli anak.Tp,anak Buli Balik.
Tengok eh,kaki die kat bahu daddy! tangan die,habis spec daddy!
Alhamdulillah.Budak-budak ni,kalau kita cakap elok-elok,dia faham.Lepas sy ckp mcm tu,dia ok.Dengan cara mcm ni jugak,ustazah kata,kita akan lebih rapat dengan anak. Jd,apa yang anak buat,dia akan jujur dengan kita. Dan dalam masa yang sama, kita boleh memantau aktiviti harian mereka dan hubungan makin akrab! Sy mahu jd ibu & besfren anak2 sy.

Muka nak berlagak mcm dia sorang ade bee! bwekkkk!! 
Seperti sikap sy,sy akui Nampak agak sukar untuk praktikkan nasihat ustazah,tp sy akan cuba. Sama jugak dengan membantu perkembangan otak si manja.Dorongan dari ibu bapa sangat penting.Contoh,anak belum pun boleh memegang objek dengan betul.Tp,jika dia mencuba,kita hendaklah member semangat seperti menepuk tangan,mencium pipi ataupun cukup hanya mengatakan “Pandai lah anak mummy”.Ini cukup meberi ransangan pd otak si anak.


Suka kalau kita urut kaki die! 
Kan!dah melalut.Niat hati nak buat entry pasal daddy Thaqif.hihi. Daddy Halil ni mmg sgt cool dan membantu.Kalau nak tahu,siapa yg selalu berjaga malam,Daddy Halil la!Malam-malam biasanya sampai rumah pukul 11 utk isnin sampai khamis.2 mlm di kolej,2 mlm lg part time.So,suami fhm akan kepenatan si isteri.Sebelum tido,sy hanya pump susu dan Daddy akan handle di malam hari. Mummy mana? Kroohhh.Krooohhhh.Krooohhhhhh. Syukur!kih.kih.kih.

xjd nak marah.Pandai ambil hati mummy.Tido peluk toys mummy!
Ni,sentap sket nak story!Thaqif kalau dgn daddy,boleh gelak terkekek kekek!Dengan mummy xpon!Walhal,mummy lg havoc dari daddy. Daddy borak dengan Thaqif kadang2 x keluar suara.Guna bahasa isyarat ke hape? Tp,bila daddy buat lawak,kemain sakan si Thaqif ketawa.oklah!cukup setakat ini.Nnti mummy story lg eh!

 ni pozing khas untuk pembaca blog mummy! xtahu kenapa,lately Thaqif suka pegang kawasan itu!! Mula-mula,masa tukar pampers, die suka pgg.Sy assume die gatal2.Tp,eh! Setiap masa kalau terdedah je kwsn itu,die mesti pgg! Mummy & maksu dua2 gurl.xtahu pulak boy cm ni! 
Moyang kata "Dio malu ekau nengok dio punyo" 
hahahahahahahahahhahahaha

dan aku kembali menulis!


Bismillah & Salam.dah lama rasanya jari jemari ni tidak menari-nari di atas keyboard utk menulis blog.mana tidaknya,asyik students,students & students. Ok! Tolak tepi soal kerja.Mari bercerita mengenai diri sendiri. Last sy up date blog pasal befday hubby!time tu baru 1.5 bln mengandungkan Thaqif! Wah!! Hampir setahun x update.

Kini,hidup sy sangat gembira & sempurna.Alhamdulillah.Walaupun sebenarnya kami tidaklah sesempurna mana,namun syukur dikurniakan rezeki & kesihatan dari Allah.Jika anda follow FB sy,pasti anda tahu kegilaan sy sekarang,ANAK!! Sekali lg sy panjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang anak lelaki yg comel & sempurna, Muhammad Thaqif Bin Halil. 

 muka mummy & daddy yg gembira menyambut kelahiran Muhammad Thaqif.Tengok muka daddy,serabutkan? Memanglah! mummy tarik rambut daddy dlm room ngeri itu! hihihihihi.

Nama Thaqif,mummy yang cari & dipersetujui oleh daddy. Thaqif membawa maksud bijak dan cepat faham,InsyaAllah.Sy memanggil anak sy dengan nama penuh dan tiada nama timangan kerana apa yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa,amin! Terbalikkan nama Thaqif = fiqahT. Terselit nama mummy di situ Iylia SyaFIQAH.



 day 2.Nurse suruh mummy bukak baju Thaqif sbb die nak mandikan.Thaqif bantai buat muka cm ni! hihihi.kelakar sejak dari lahir!tp,nmpk sikit dah muka notty boy tu!

Masa mengandung excited sangat nak tahu mcm mana rupa dia.ikut muka mummy ke daddy.cepatlah keluar! 13 April 2013 jam 2 pg,sy ke tandas kerana rasa seperti ingin membuang air besar! Haaaaa!! Darah! Cepat2 panggil hubby & tunjuk. Relax dulu,xnak pergi hospital!! Xnakkkkk!! Segala liku-liku melahirkan Muhammad Thaqif diharungi dan akhirnya! Jam 7.39pm sy terdengar tangisan Thaqif!! Masa tu,Allah je yg tahu apa perasaan dalam hati ni.Xmampu terungkap dengan kata2,hanya air mata yang menceritakan segalanya.

Pertama kali sy lihat wajah Thaqif,eh!!betulke anak sy ni?Mata sepet mcm cino!comel je 2.4kg. Mula-mula sym cm kekok sgt.ye lah..xpernah ade ank u ols!Xtau nak buat ape pon iye jugak. kita kejut die xnak bangun.Sy selak tengok jari tangan Thaqif. Alahai..halusnya! bukak bedung tu,la!Nurse ni x pakaikan seluar sbb baju tu sampai ke kaki.kih.kih.siannn anak mummy la! Perlahan-lahan sy belek Thaqif.Bila Thaqif bukak mata,alamak!Garangnya muka Thaqif.Owh lupa,mummy kan suka marah students, nah! Transfer pd anak!hihi.tp,sedikit kekecewaan kerana time tu muka Thaqif jawa habis sampai boleh panggil Wak Thaqif!kih.kih.kih. 

Wak Thaqif sangatss,kan?kini,tidak lg!
Yg penting,lebat x rambut Thaqif! ade petuanya.tanya mummy!

Menjaga bayi bukanlah perkara yang senang.Pejam celik,pejam celik,Thaqif sudah pun berusia 5.5 bulan! Alhamdulillah. Ape yang Thaqif pandai sekarang? Dah pandai meniarap & guling2.kalau kita letak die atas tilam elok lurus je..nnti bgn pg tgk Thaqif dah berpusing mcm pusingan jam! Kita pulak mummy & daddy die tido sipiiii je kat hujung katil.Kita letak elok atas bantal,bangun pg bantal ntah kemana,Thaqif entah kemana,lasak!boy kan? Haruslah!!

 Mummy! Thaqif da boleh pegang kaki.cuma x masukkan ibu jari dalam mulut je lg,takut mummy sesak napas pulak!hihi.

Thaqif dah tahu yang die nak jalan.Kalau nak g jln2,siapkan die dulu!Jgn kita siap dulu.mmg resah gelisah die! Lg2 kalau nmpk mummy pakai tudung,die tahulah nak jalan! Terus meronta-ronta dan mngeliat huruf S suruh kita ambil die!! Fuhhhhh! Pg2,selalu pakai tudung dekat hall rumah. Haaa! Mula-mula moyang dukung elok je.Diam.Berborak.Nampak je mummy pakai tudung,terus meraung!Meronta2 kaki mcm boleh jalan sendiri.Bila kita ambil die,masuk dlm kete,wah! Senyum lebar.Perasan nak g jln2 la tu,walhal g school(Taska) je! Kih.kih.kih. 

 mcm muka mummy pakai syria,kan?hihihi

 
 Satu hal lg di Taska.rasanya Thaqif mewarisi ke “Glamouran” mummy!!hihi.hari tu, mama normah (pengasuh Thaqif) bising sbb Thaqif xnak tido.dari 2pm jaga sampai 6pm xnak tido. Sy dah rasa mcm xsedap hati.Alamak hai,mama norm ni hint nak naikkan yuran ke hape? Sudahnye hari tu,Thaqif x g school sehari sbb x sihat.Esoknya sy baru parking kereta,mama norm & the gang terus serbu kereta sy “Thaqif……kenapa x datang semalam…rindula!” eh!tau pulak rindu.Hari tu mcm merungut budak ni ajak main je!kih.kih.kih.Thaqif agak disayangi di school sbb Thaqif kan ala-ala romeo sket.suka senyum,suka gelak,ade muka nakal.ade muka gatal.kalau kita marah,ade muka kesian.xjd terus nak marah!hihi.itulah serba sikit kisah pria mummy & daddy yg satu ni! Notty sangat sekarang.Next time mummy cerita lg. Assalamualaikum! 

kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?