Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

dan aku kembali menulis!


Bismillah & Salam.dah lama rasanya jari jemari ni tidak menari-nari di atas keyboard utk menulis blog.mana tidaknya,asyik students,students & students. Ok! Tolak tepi soal kerja.Mari bercerita mengenai diri sendiri. Last sy up date blog pasal befday hubby!time tu baru 1.5 bln mengandungkan Thaqif! Wah!! Hampir setahun x update.

Kini,hidup sy sangat gembira & sempurna.Alhamdulillah.Walaupun sebenarnya kami tidaklah sesempurna mana,namun syukur dikurniakan rezeki & kesihatan dari Allah.Jika anda follow FB sy,pasti anda tahu kegilaan sy sekarang,ANAK!! Sekali lg sy panjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang anak lelaki yg comel & sempurna, Muhammad Thaqif Bin Halil. 

 muka mummy & daddy yg gembira menyambut kelahiran Muhammad Thaqif.Tengok muka daddy,serabutkan? Memanglah! mummy tarik rambut daddy dlm room ngeri itu! hihihihihi.

Nama Thaqif,mummy yang cari & dipersetujui oleh daddy. Thaqif membawa maksud bijak dan cepat faham,InsyaAllah.Sy memanggil anak sy dengan nama penuh dan tiada nama timangan kerana apa yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa,amin! Terbalikkan nama Thaqif = fiqahT. Terselit nama mummy di situ Iylia SyaFIQAH.



 day 2.Nurse suruh mummy bukak baju Thaqif sbb die nak mandikan.Thaqif bantai buat muka cm ni! hihihi.kelakar sejak dari lahir!tp,nmpk sikit dah muka notty boy tu!

Masa mengandung excited sangat nak tahu mcm mana rupa dia.ikut muka mummy ke daddy.cepatlah keluar! 13 April 2013 jam 2 pg,sy ke tandas kerana rasa seperti ingin membuang air besar! Haaaaa!! Darah! Cepat2 panggil hubby & tunjuk. Relax dulu,xnak pergi hospital!! Xnakkkkk!! Segala liku-liku melahirkan Muhammad Thaqif diharungi dan akhirnya! Jam 7.39pm sy terdengar tangisan Thaqif!! Masa tu,Allah je yg tahu apa perasaan dalam hati ni.Xmampu terungkap dengan kata2,hanya air mata yang menceritakan segalanya.

Pertama kali sy lihat wajah Thaqif,eh!!betulke anak sy ni?Mata sepet mcm cino!comel je 2.4kg. Mula-mula sym cm kekok sgt.ye lah..xpernah ade ank u ols!Xtau nak buat ape pon iye jugak. kita kejut die xnak bangun.Sy selak tengok jari tangan Thaqif. Alahai..halusnya! bukak bedung tu,la!Nurse ni x pakaikan seluar sbb baju tu sampai ke kaki.kih.kih.siannn anak mummy la! Perlahan-lahan sy belek Thaqif.Bila Thaqif bukak mata,alamak!Garangnya muka Thaqif.Owh lupa,mummy kan suka marah students, nah! Transfer pd anak!hihi.tp,sedikit kekecewaan kerana time tu muka Thaqif jawa habis sampai boleh panggil Wak Thaqif!kih.kih.kih. 

Wak Thaqif sangatss,kan?kini,tidak lg!
Yg penting,lebat x rambut Thaqif! ade petuanya.tanya mummy!

Menjaga bayi bukanlah perkara yang senang.Pejam celik,pejam celik,Thaqif sudah pun berusia 5.5 bulan! Alhamdulillah. Ape yang Thaqif pandai sekarang? Dah pandai meniarap & guling2.kalau kita letak die atas tilam elok lurus je..nnti bgn pg tgk Thaqif dah berpusing mcm pusingan jam! Kita pulak mummy & daddy die tido sipiiii je kat hujung katil.Kita letak elok atas bantal,bangun pg bantal ntah kemana,Thaqif entah kemana,lasak!boy kan? Haruslah!!

 Mummy! Thaqif da boleh pegang kaki.cuma x masukkan ibu jari dalam mulut je lg,takut mummy sesak napas pulak!hihi.

Thaqif dah tahu yang die nak jalan.Kalau nak g jln2,siapkan die dulu!Jgn kita siap dulu.mmg resah gelisah die! Lg2 kalau nmpk mummy pakai tudung,die tahulah nak jalan! Terus meronta-ronta dan mngeliat huruf S suruh kita ambil die!! Fuhhhhh! Pg2,selalu pakai tudung dekat hall rumah. Haaa! Mula-mula moyang dukung elok je.Diam.Berborak.Nampak je mummy pakai tudung,terus meraung!Meronta2 kaki mcm boleh jalan sendiri.Bila kita ambil die,masuk dlm kete,wah! Senyum lebar.Perasan nak g jln2 la tu,walhal g school(Taska) je! Kih.kih.kih. 

 mcm muka mummy pakai syria,kan?hihihi

 
 Satu hal lg di Taska.rasanya Thaqif mewarisi ke “Glamouran” mummy!!hihi.hari tu, mama normah (pengasuh Thaqif) bising sbb Thaqif xnak tido.dari 2pm jaga sampai 6pm xnak tido. Sy dah rasa mcm xsedap hati.Alamak hai,mama norm ni hint nak naikkan yuran ke hape? Sudahnye hari tu,Thaqif x g school sehari sbb x sihat.Esoknya sy baru parking kereta,mama norm & the gang terus serbu kereta sy “Thaqif……kenapa x datang semalam…rindula!” eh!tau pulak rindu.Hari tu mcm merungut budak ni ajak main je!kih.kih.kih.Thaqif agak disayangi di school sbb Thaqif kan ala-ala romeo sket.suka senyum,suka gelak,ade muka nakal.ade muka gatal.kalau kita marah,ade muka kesian.xjd terus nak marah!hihi.itulah serba sikit kisah pria mummy & daddy yg satu ni! Notty sangat sekarang.Next time mummy cerita lg. Assalamualaikum! 

kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?



3 comments:

Neder Safwan said...

terharu nyaa baca blog u madam . i rasa mcm byk pngalaman yg i boleh dpt . mne laa tw satu hari nnti i pon jady mcm u kan madam . spe xnak jdy isteri mithali kan . huhuhu . tp u madam bruntung la cz dapat suami yg pnyayang , faham ngan situasi madam , snggup hadap musim2 mood madam . ermm jeles pon ade . samtimes i trpikir gak , adakah life i akan brtuah mcm u ngan fmly u kan madam . yelaahh , rezeki manusia smue mne sme kan . ap2 pon i doakan yg trbaik utk kluarge u madam . smogaa kbhgiaan tu xkan prnah putus . buat pria madam , smoga tumbuh mmbesar jady anak yg soleh . amiinnn ='))

iyliaH said...

sy sederhana je la.x mewah dari segi kewangan.tp alhamdulillah,rezeki suami dan rezeki ank murah.hihi.syukur.Terima kasih,doakan ank sy sihat dan membesar jd umt allah yg sempurna dan menyumbang sesuatu pd islam.insyaAllah.

Neder Safwan said...

Amiiinnn madam . sape2 pon yg baca blog madam nie msti dyorg jelly much mcm i jelly ngan madam . tp mcm mak i ckap rezki org smue beza , smue tak sama . hihi . andaii nyaa satu hari nnti i pon dpt suami mcm suami madam kan bestt , hehe . dah mcm dalam drama pulak aaii . hehe . ssoooo sweett .