Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Zaman modern.Perlu ke bertunang?

" Aku x nak bertunang lama-lama " kata si A
" Buat apa bertunang?zaman dah modern. " kata si B

Bismillah.Salam semua.Untuk entry kali ini CIS memilih topik persiapan diri untuk ke alam perkahwinan.cheh-wah! Bagi persediaan ke arah itu,perkara pertama yang dilakukan ialah banyak membaca artikel yang berkaitan dengannya.CIS akui,pengetahuan agama tidaklah sehebat mana..cuma sekadar insan biasa yang masih memerlukan bimbingan dari mereka yang lebih arif.

Pada saat -saat mcm ni,nak tidur pon x lena memikirkan pelbagai perkara.Kadang2 rasa mcm x percaya. Tp,bile tengok ade cncin di jari,HARUS percaya!hehe..Ke arah detik-detik di gelar & memikul tanggungjawab " ISTERI " bukanlah suatu perkara yang mudah semudah menghafal sifir 2. Ia memerlukan kekuatan mental & fizikal.Di sebabkan CIS bukan jenis orang yang suka membaca,jd hanya video dari mereka-mereka yang hebat menjadi santapan setiap hari.

Dari segi persiapan fizikal,mudah.Org kata,ada duit semua jalan!Mcm nama pelawak tu,Abon,Asal Bayar ON! Yang sukar ialah mencari sumber kewangan bagi melengkapkan sesbuah majlis.Namun, percayalah.. Rezeki bagi mereka yang mahu mendirikan masjid InsyaALAH murah.Kadang-kala,kita rasa seperti kekurangan wang.Tp,bila tiba masa,duit mesti ada.amin!

ok!berbalik pada soalan di atas, " Aku x nak bertunang lama-lama " ...bait-bait ayat ni selalu kita dengar. Honestly,CIS pon pernah ungkapkan ayat yang sama.Tp,bila CIS dok gugel erti sebenar pertunangan,rasa malu dengan diri sendiri.Dalam Islam,pertunangan bermaksud tempoh mengenali pasangan dengan lebih dekat.Memang org kata,x elok tunang lama-lama.Bahaya.However it is,depends pada bnyak perkara sebenarnya. Mcm mana nak ckp ya? Ianya subjektif! bukan cantik je subjektif tau!hehe..

lg 1,ramai la manusia yang kat dunia ni malu sangat kalau " putus tunang " . Dari pembacaan CIS, perkara mcm ni x perlu malu.Itu lah fungsi bertunang.Mengenali...rasa x srasi atau ada perlakuan die yang memang kita x boleh nak senangi,kita perlu putuskan agar x berlarut pada perkahwinan yang akan mengakibatan perceraian. Tp,mentality mak-mak & ayah-ayah kita,memang susah nak di ubah melainkan kalau mak & ayah kita memang yang berfikiran terbuka.kan??kan??kan??Namun,CIS minta di jauhkan perkara ini kerana setiap orang pasti mengharapkan yang terbaik buat dirinya.InsyaALLAH.

Ini hanya pandangan CIS yang mentah..Jika korang ade pendapat lain,feel free to share it here :)

Sharing is caring! CIS ada terbaca ini dari Ustad Abdul Wahab.Semoga boleh memberi ilmu pd kita semua :)

Kepentingan pertunangan


1-       Memberi peluang  mengenali pasangan dalam batas-batas syarak.
2-       Merancang  kehidupan  rumahtangga untuk masa hadapan
3-       Memupuk  perasaan kasih sayang  di peringkat permulaan.
4-       Mengenali  tanggungjawab masing –masing sebelum perkahwinan .
5-       Ikatan sementara sebelum menentukan untuk terus atau batalkan.


Masjid ini kami ziarah selepas mama say yes untuk CIS terus berkawan & Masjid ini jua yang datang dalam petunjuk kami :) :) ;p InsyaALLAH.

See u next entry!

Since June 2009

Salam.Hello semua.rasanya x perlu perkenalkan diri lagi kot!CIS bukan baru dalam dunia berblogging,cuma masih mentah dalam bidang penulisan sahaja..ehe..Actually,CIS start berblogging since June 2009,tetapi menyepikan diri hampir 1 tahun lamanya.Al-maklumlah,sibuk dengan tuntutan duniawi.ahhaks!

CIS masih akan membahasakan diri sebagai CIS kerana hanya tinggal 243 hari sahaja lagi ber'title CIK.InsyaALLAH jika dengan izin-NYA. **ha!segera ambil phone & date finder la tu!mcm x tahu!kan?kan?kan?..hehe**
Petikan dari 1 blog yg CIS jumpa :

" Blog ialah satu-satunya media untuk mereka meluahkan pendapat dan perasaan. Golongan mak nyah, golongan politik, golongan sasterawan dan juga golongan yang tidak termasuk dalam golongan yang penting, menulis blog. Bagai satu wabak dan fenomena. Rakyat Malaysia yang didakwa malas membaca, rajin menulis blog. Macam mana tu? "

Allrite!honestly,kenapa sibuk nak berblogging semula?

Yes!CIS ade FB & Twitter account.Akan tetapi,2 laman sosial ni x boleh bercerita panjang especially twitter.CIS berada dalam kategori wanita yang pot pet pot pet melebihi 24 000 patah perkataan setiap hari.Jd,blog amat di perlukan! hehe..

Mahu mengasah bakat bagai seorang wartawan!cheeewah!Mana tahu 1 hari boleh berganding bahu bersama Abg Nas mengorek rahsia artis & ahli politik negara?

Sebab lepas ni dah nak berkeluarga.Jadi,mesti macam2 perkara nak di ceritakan!ape suka & duka akan dihuraikan satu persatu secara terperinci..kih..kih..kih..

Atas permintaan Halil.4 ur info,halil adalahh pembaca setia blog ini.walau mcm mana xbest pon entry tu,die pasti baca! Pelik tp benar :)

Perancangan masa depan. ** Sila Fikir Sendiri.hehe **

See u next entry!