Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Hujung minggu pasti lebih bermakna jika bersama orang tersayang!

hi everyone! haaaa! Monday blues kan? x ellok tu..Kalau di amalkan,3 kali Jumaat,GOAL! keh.keh.keh.
Entry kali ni nak story apa yg i buat pd hujung minggu ini,19/11/11.wow!lengkap!! Mana-mana pihak yang ternampak i di tempat lain selain yang diceritakan, itu dusta belaka. keh.keh.keh.

Permulaan hari pd hari ini agak mencuit hati gara-gara pesanan ringkas mama kepada Halil :

di office x sabar sgt nak balik sbb? da janji nak pergi Jusco dengan mama.Bukan shopping pon,hnye sekadar release tension & jalan.ye la,bosan kot duduk rumah je.esok cornfirm x keluar rumah sbb bnyak sgt slot rancangan di kaca TV yang menunggu mcm Melodi.keh.keh.keh.Gossip u ols,harus tau!

Weekend ni kami tinggal berdua-duan kerana mak (nenek) telah selamat di pos lajukan ke KL!. Actually, cousins ambil mak untuk celebrate befday anaknye! Semoga mak happy & gembira di usia ini. Hanya kasih sayang yang perlu menemaninya di saat begini. Tp..sorry to say mak,ayam mak menjerit kne mkn musang ke,i x tanggung mak! ya harap, ayam-ayam itu dapat berpuasa sunat sementara menanti kepulangan ibu nya? keh.keh.keh.

ok!kami di Jusco.as usual,pasti i yg kne ambil troli.homaigod!u noe what,i nmpk big bos i tercegat depan pintu! senyap-senyap la cari troli.pusing je,nah!! bos tepek depan muka! x boleh lari mana!!!

Boss : Fika,awak dating ke kat cni?
Saya : xlah En X,dgn mak sy.

zass!mama pon muncul!tros ku tolak troli.dlm hati " xnak aku borak lama-lama.Mau jerat leher sendiri kalau die tanya payment next week! "



** Tunggu mama beli makanan di fud court :) **

Kami continue window shopping.bukan beli ape pon,Act,mama dpt voucher sempena befdaynye yg ke 25 pd selasa ini :) Selesai! cepat2 balik untuk menyaksikan perlawanan M'sia & Myanmar! kalau gelombang dapat mengukur kelantangan suara kami,sure die terkejut! sorak seolah-olah sepasukan boom-boom gurl di stadium gitu! yeaaayyy! M'sia menang 1-0.


** Minum petang kami ber-2 & prepared by me (: **


Akhir kata,hujung minggu anda tidak menjadi hambar jika bijak memilih cara melaluinya :)



kite nak share tentang pic ni :

ili : u,muka i time gelak x hengat dunia
Halil : ok la.ade manis jugak.
ili : Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Dulu,Halil bukan jenis yang pantas menjawab sambil mengenakan org mcm ni.Atas didikan yang berkesan selama 2 tahun, die berjaya! TAHNIAH!

Secebis ilmu yang di terima dari sahabat untuk di kongsi bersama :)

Assalamualaikum.
hello! tengah buat ape tu?
Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semoga ianya memberi kemanfaatan pada saya sendiri & anda semua……amiiin
 
Dikatakan :-
 
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞  Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞  Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
   
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

wordless Wednesday

Salam Semua!

sy sebagai blogger Malaysia nak memeriahkan wordless Wednesday.
Apa itu wordless Wednesday? Boleh baca di sini :)

Selepas penggunaan 2 botol VCO : Kulit semakin tidak berminyak , kurang berjerawat &
tetap sweet tanpa make up :)

Penduduk Malaysia cipta record di ASEAN?

Salam korang!Wassap?
ok! pic di atas di ambil dari ruangan Senyum Kambing di akhbar Utusan Malaysia,15/11/2011
x perlu nak tengok tarikh banyak kali! yes! paper hari ini.Semalam dah la 1 Malaysia di murungi dengan Monday Blues.Hari ni dengan fat blues ka? keh.keh.keh.

bangun pg td,i rasa kepala berdenyut2 sbb mlm td tersentak dari tido! mimpi ape sampai tersentak?
owh! mimpi aneh sudah tentu.haha.semenjak 2 mejak ni,memang selalu mimpi bukan-bukan. Bukan mimpi hantu mantu,tp mimpi yang mcm pelik-pelik ( org da kawen.hehe.. )
Dalam mimpi tu ok je.Tibe-tibe ade lelaki nak pegang bdn i mcm nak buat benda x elok la! tros tersentak!! terjaga!! & kepala sgt sakit.Haih....mcm mana ni? xpe,tu nanti lain hari fikir!hehe.

Sudah la kepala berdenyut2.On je radio,
Farah Fauzana : Malaysia mendapat tangga pertama untuk penduduk yg mengalami masalah obesiti!
Rasa nak tutop je radio!Tp,mana mungkin??kite kene tahu berita semasa kan? hehe...

Tp,betol jugak ckp sorang dari caller Hot FM tu, kita ni malas.turun tingkat 1 pon guna lif! naseb baik x terasa sangat sbb opis i xde lif.hari-hari guna tangga naik tingkat 3.Berpeluh jugak la nak mengharungi anak-anak tangga tu!

wutsoever.Yang pasti,sure isu ni menjadi mimpi ngeri & memberi impak yang besar pada ramai perempuan terutamanya :) apa lagi,petang ni jugak sambung jogging! keh.keh.keh.

for me,if kita rasa berat badan kita mengalami berat berlebihan,kita kene exercise. Jangan la malas.Dah la berat badan overweight,malas pulak! op kos penyakit berlumba-lumba datang! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bukan suruh lari bagai atlet negara..cukuplah sekadar peluh keluar & kita akan rasa lebih sehat!
kan?? Jom senam! deng!!

Musim mengawan kini kembali!

hi evlybody!happy monday.Monday blues? ah!jgn nak mengada.kerja!!keh.keh.keh!
u ols ape kabar? i ok je! Al-maklumlah,baru menyerbu wedding kwn2 yg melethops! kenyang sgt.terima kasih pd kwn yg sudi menyediakan santapan yg enak2!

11.11.11.Org kata tarikh keramat kan? Taktala jam 11 pagi pd hari tersebut,semua org sebuk up date status di twitter & FB jam 11.11 pd 11.11.11 :) Hamek kaw! berlambak num 1 ! Apa-apa pun,pd yg mendirikan masjid pd tarikh ini semoga Masjid anda berkekalan ke akhir hayat & si suami menjadi 1 insan yg bertahta di hati anda & tidak di lupakan ALLAH yg 1. Jauh di sudut hati,jeles betol tengok kawan-kawan yang sudah berumah tangga.Bukan jeles sbb mereka boleh bersama 24 jam,tp jeles sbb mereka sudah halal! rasa best je enjoy dengan suami.Kalau tengah darah manis,lg la x best sbb kalau balik lambat sikit org tua da bising.xelok katanye :) kalau nak keluar malam,x boleh berdua-duan!deng!!

allrite!kembali pada tarikh keramat 11.11.11.Pada tarikh ini,2 sahabat i melangsungkan pernikahan.Namun begitu,i dpt attend satu wedding je.Ni semua salah Halil.Workaholic sgt sampai x dpt cuti.kan dah frust! bukan apa,kalau kite attend wedding kawan-kawankan, lain tau perasaan die.rasa sebak la bila tengok die dah ada sumone yg sayang.Sudah ada tempat berlindung & juga sudah memikul 1 tanggung jawab baru :)

Pada sahabat handai & sanak saudara yang melangsungkan perkahwinan,selamat pengantin baru buat kalian. Semoga masjid yang di bina tetap utuh walau badai yang hebat melanda.Love u!
yang pasti,9 bulan & 10 hari dari tarikh ini,pasti hospital kerajaan mahupun swasta sesak.Gurlllpp!

cukup!tak mahu menulis lg.biar gambar menceritakan segalanya!che-wah!

Pasangan merpati 2 sejoli Ekin & Bob :)



Saat kami di bawah naungan 1 majikan ;p
Gambar ini di rakamkan sewaktu kami di Perak




Training class,ili & ikin. Kami bukan training,tp kami meluahkan masalah masing-masing ;p


Training juga! Ekin kalau tengok pic ni sure die menyampah sbb time ni die kurus! owh,bukan die je,kami.ok,bye! keh.keh.keh.

Dear ikin,apa pun yang terjadi,kita tetap sahabat.love u..Mmmuaaaahhh!



" Darah Manis "
doakan kami.InsyaALLAH,amin!

" ape yg jd skg..mungkin k0 pon penah buat kt org laen..God is Great "

hello semua!
2day rase mcm nak nyanyi lagu " senyum! x perlu kata apa - apa "
Biarlah gambar menceritakan segalanya!

( Di curi dari seorang rakan di FB.keh.keh.keh. ) 


sindiran turut di tuju pd diri sendiri. Jgn meroyan apabila seseorang seolah-olah mengkhianati kita, tp renungkan sejenak samada " Pernah x aku buat org mcm ape yg aku terima sekarang? "

Glurpppp!

Ministry of Moment.Jom LIKE :)

salam!hello semua :)
buat ape tu? ceria x? biar hati x ceria,janji wajah ceria.kau mampu?haha.

Korang pernah dengar x Ministry of Moment ?owh! kurang pasti ye! ok,next question.Korang pernah tengok wedding pic Tomok & isterinya Ayu yg persis RCW tu? haaa! pernah kan! so,MOM ni la official photographer di hari persandingan beliau. Baru-baru ni MOM ade organize satu pertandingan which is :

" Sertai peraduan ULPOAD, LIKE AND WIN. Muat naikkan gambar kenangan manis dan terindah tidak kira keluarga, kekasih, rakan taulan mahupun binatang peliharaan anda dan ajak rakan-rakan anda 'LIKE' kan gambar anda. Emailkan gambar bersertakan tajuk dan nama fb anda ke contest@ministryofmoment.com. TERHAD KEPADA 50 PENYERTAAN sahaja. CEPAT!! "
CIS pon saje la gatal tangan hantar pic masa engagemnet hari tu!hehe.Pertandingan ni berdasarkan 100% voting ok! Mana-mana peserta yang mendapat vote tertinggi will be announce as a WINNER!!
Siapa tahu ini rezeki bakal pengantin!hehe..InsyaALLAH :)

Menang,menang juga!ape hadiahnye? Tra.tang.tang!
Fujifilm instax mini 7s untuk dimenangi!! cute kan?

So,ape tunggu lg.Jom LIKE fan page MOM and bila tiba masanya,boleh la ramai-ramai Click LIKE pic CIS pulak!

Tq frens :)



selesa atau tidak itu pilihan anda!

hello semua! apa khabar? semoga anda semua bebas dari penyakit fizikal & mental! muahahaaa.just a minute i nak curi masa u ols!

semalam i jalan-jalan & i ade 1 habbit which is i suka memerhati & pemerhatian i akan diluahkan dengan cara mengomen! nmpk mcm bagos,tp tidak!hehe..

nowadays memang ramai fashion ladies out there.Terkadang,sgt impressed.wow! bergaya sgt!!ade pula yang so so.ade jugak yg Gurlppp?

4me,i memang selesa dgn syria sbb simple,pantas & tangkas!wakaka.i memang terlalu kagum ye tgk anak gadis yang mempu menghadap cermin semata untuk melilit tudung dan mendapat lilitan yg terbaik sebelum di persembahkan di masyarakat luar sana.dang!!

Yg agak kelakar bila i saw a gurl wit her shawl seolah2 membalut kepala yg sakit sehingga menampakkan bentuk kepala yg seolah-olah buah nangka.I mean kepala die lonjong ckit.adakah gadis ini tidak melihat cermin sebelum keluar? atau gadis merasakan die sangat cantik begitu?

wutever is wutever.ok! belum habis lg.I baru teringat.adakah u ols selesa bila pergi shopping complex & tudung menggerbang sehingga mengganggu penglihatan? selesa ke? Jgn tanye CIS tp tanya pd si pemakai.4me,bergaya biarla sesuai pd majlis ye!xkan la acara sukan ko nak bantai pakai tudung ala hana tajima??

yes,i pon bukan perfect.i hanya meluahkan apa yg i rasa.if u ade ur own opinion,silakan.I dengan hati terbuka akan membaca! sekian :)
( Pics cdt : Google )
Gaya ni! bersesuaian la dengan majlis.x salah,kan? 
 ok! u ols selesa ke mcm ni pergi shopping complex? I terfikir mcm mana kalau mereka masuk fittin' room ye? try baju & kena bukak semua & pakai balik! wow! **kagum**
4me,ini simple.cepat & ringkas & x merimaskan mata mendang.

tepuk dada,tanya selera!zasss!

Gagal berkali-kali tidak bermakna gagal seumur hidup!!!

Vaanakam!hello!!kalau reader blog ni ade yg dari keturunan india,die paham 1 perkataan je!!hehe. tp,ape mau risau.kitakan 1 Malayisa yang harmoni! Glurrrp.

dari entry gossip kite move ke tajuk yg lebih emosi sikit ala-ala hati ke hati kononnya!kikiki.Tp,ni bukan sesi luahan cinta ya!shuhhhhhhhhhh..nanti geli geleman 1 body korang! muahahhaaaa..

olrite!korang pernah x satu saat dlm hidup rasa diri ni mcm sgt demotivated?Rasa mcm semua perkara yang korang lakukan semua serba x kena.ataupon symptoms monopos dtg terlalu awal sperti rasa nak hangin 1 badan? Bukan geram dengan orang lain,tp geram dengan diri sendiri.Asyik-asyik x berjaya!! Then,dok questions diri sendiri kenapa?kenapa?kenapa? dan korang sendiri x mampu nak jawab.Agak merbahaya ckit bila perasaan mcm ni ada.kenapa?ntah! Then, timbul 1 perasaan iaitu rasa mcm jeles je tgk org lain yg senang sgt dpt ape yg korang susah sgt nak dpt..rasa mcm x guna pon ade jugak!pernah? sgt tipu kan kalau x pernah? kan!!!

act,kalau kita ada rasa cm ni,bagus jugak sebenarnye!ini pd pendapat aku yg tersendiri.Ia menunjukkan yg korang sgt ambitious & perasaan ingin berlumba-lumba dengan orang lain dgn tujuan yg positif! xde la korang berprinsipkan " ala...cukup la tu..." atau " ok la dari xde " ayat2 ni selalu di ungkapkan mereka yang pemalas je.Maaf kalau bahasa yang di gunakan terlalu sarcastic.hehe.As we noe,dalam dunia ni perlu ada matlamat.x salah kalau kite ni seorang yang suka berangan-angan.Angan-angan dalam hati & x kacau org ye.Jd,kalau orng mentertawakan angan-angan anda,diam je.1 day kalau angan-angan anda jd kenyataan,g cari balik org yang gelakkan kita tu n boooooooooo kat muka die sampai tempias air liur! muahahahaa..

dalam ghairah mengejar kemahuan & matlamat hidup,kite semua x kan terlepas dari tergelincir / terkeluar dari landasan yang sebenar.Dan perkara-perkara mcm ni yg melembapkan proses kita mengejar cita-cita & inilah yang di beri nama DUGAAN. Dugaan ni bukan mcm lalat ek...Dugaan datang bertujuan. Jd,apa korang lakukan kalau dugaan x henti-henti datang pada diri sendiri? perlukah sepangjang masa menangis di dlm toilet ketika mandi petang? Mandi pg kne cepat,nak g keje.hehe..dalam keadaan di landa dugaan bertalu-talu ni,korang akan rase fed up bila org dok ckp " Sabarla.. " rasa mcm nak melaung " Diammmmmmmmmm!! " ( Please dont do dis at home! )


So,cm ne korang nak releasekan semua benda yg tertekan dlm benak fikiran ni? Kalau CIS,menangis & buat x tahu.haha.nmpak mcm senang tp perit ye! Nak nangis kne sorok2. Nanti malu org tengok! muahhaaaa..Tp tahukah anda bahawa titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.

Nak hadap sangat perasaan ni pon x guna jugak.life must go on rite? Hasil gugel & memerah otak sendiri,ni antara yang boleh di praktikkan.

1. Mungkin,b4 ni kita x selalu ingt pd-NYA.Jd,dugaan salah 1 cara dia nak kita dekatkan diri :) 



2. Chill. Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.Jangan pandang enteng ye pd ketawa. Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.Jom gelak!

3. Menyanyi.Korang bayangkan yang korang sedang audition Vokal bukan sekadar rupa.hehe.Korang boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut. Siapa tahu esok-esok boleh jd penulis lirik! kayo kau!

4. Ada jugak yang sarankan luah pd BFF.Sorry 2 say,CIS akn ckp x payah! manusia tetap manusia.CIS lebih prefer pendam dlm hati & biar ia berlalu je.Buat ape nak cerita kat orang ramai kerna kita  perlu hidup dalam simpati. MayB d real BFF boleh la kot! tp bukan semua org!nahas kau!hehe..

5.Solat tahajjud akan memberikan kita kekuatan jiwa untuk menghadapi dugaan. Rasulullah (s.a.w) juga diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat tahajjud sebagai persiapan sebelum diberi satu tugas yang sangat berat. Jika kita terasa hidup ini terlalu menekan, dan dada terasa amat terhimpit, segeralah mula untuk mengerjakan solat tahajjud dengan istiqamah. Kita akan mendapat kekuatan jiwa yang membolehkan kita menghadapi segala dugaan tersebut.

6. cuba kita fikirkan bahawa ada org lain lagi yg lebih susah daripada kita... sentiasalah bersyukur dgn ujian yg Allah beri dan berusaha + berdoa smga kita sentiasa dipermudahkan dan diberi ketenangan dalam menghadapi dugaan yg diterima.. Jangan sedih (La Tahzan) kerana Allah memberi hambanya ujian adalah tanda Allah sayangkan hambaNya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya cuma lambat atau cepat sahaja hikmah 2 akan dtg..


Apa-pun,be happy! Agak-agak korang down sgt,call siapa2 & ajak ke down town! sure happy pas2. muaahhhhhaaaaa :) 


Review pesyen retis ASK 2011

wow!! Tajuk ala-ala wartawan terkenal pulak kan?eh,eh.lupa.Assalamualaikum :)
hello u ols! da baca entry VCO x? kalau belum pergi baca sekarangggggg!hehe.no la.up 2 u my dear.
Kenapa CIS sebok2 nak review pesyen retis di ASK 2011 ni? eh!xde la u ols.Ekceli,CIS dok collect fesyen2 yg best untuk di gayakan di hari persandingan nanti.Jd,mana-mana majalah yang memaparkan pelbagai gaya busana pengantin sure CIS beli.Mana-mana yg xde pesyen baju kawen.maapla!Nan-ado!kah..kah..kah..

korang tengok x ASK 2011? yup!agak hambar kot? tp,lain orang lain pendapat kan? Namun begitu,x di nafikan mata CIS memang x terkedip tengok RCW.Tp,sorry 2 say,rambut die x suites her kot? yg penting body die vaa vaa voom! superb habis! Dalam-dalam tu,CIS suka sgt tengok peseyen beberapa artis yg nice mcm :



( Pic cdt to : Beautiful Nara :) )





Fathiya! warna die sgt nais dgn kulit si cantik ni.Nampak sgt sweet & design pon simple! Sekali pandang memang rasa mcm " sedap mata memandang " Setuju x?


Gold.Sofi memang cun la.dah la putih gebu! di sarungkan pula dengan warna keemasan mcm ni.Memang cantik! gojes sgt :) 
Psssst : Bakal org kampong ni! muahahhahahhaaaa...


Next! Khiriah.x tahu samada skang die sudah bertudung atau x? Wallahualam.Tp,dress die pon nmpk nice jugak kan? 4me,just nice!


Umie aida ni CIS rasa cun! Tp,kalau lengan die tu labuh ckit should be better kot! Warna die memang sgt sweet! pesyen duyung! mau betul2 selim melim baru boleh sarungkan busana ini.haihhhh..



wow! memukau! Jgn slh sangka,bukan Fauziah Gous tau! tp Iqram Dinzly. Memukau!! 
Merah + Gold.Memang naik..kelas kau iqram!

Tp..tp...tp kan,dlm ramai-ramai tu CIS ade jugak sedikit tidak menyukai pesyen seorang hamba Allah ini. Warna,memang melethop.tp,beliau seolah2 pesyen membalut,maaf :(
Bukankah bob kuman ade beritahu dlm Maharaja Lawak " less is more "




Feedback VCO : Murah & Berbaloi-baloi

hello korang! sedang buat ape tu? By d way,x terlambat lg CIS nk wish Selamat Hari Raya Aidil Adha ya!

Allrite!Main point CIS nak berkongsi hari ni ialah tentang VCO yg CIS dok try.So far,dah 1 month & dah masuk botol ke 2 :) Sebelum tu,nak bg tau yg entry kali ni akan panjang sikit sbb nak cerita dari A - Z ape yg CIS rasa.Tp,jgn slh sangka.Ini bukan strategi marketing tau.CIS bukan down line, up line mahupun bottom line mana-mana pihak pon!hehe..Just nak share.Kalau nak tahu,manusia yang berbintang Taurus memang mcm ni.Kalau suka sesuatu perkara,suka sgt! tp kalau benci,mintak maap la! pandang muka ko pon x mahu! hehe...Jd,untung dpt kawan dari bintang Taurus sbb jujur! muahahahhaaa..

di sini akan di terangkan point by point ( mcm essay SPM ) secara ringkas, padat & mampat! Gurlpppp!

1) Kulit Wajah
Semua pon tahu kan yg VCO ni memang sgt berfungsi untuk melembutkan kulit wajah. Especially kalau korang rajin apply kan VCO tu pd wajah & makan. Bab jerawat,memang clear. Susah dah nak nampak jerawat tumbuh. Cuma nak kata muka bersih sangat2 tu tidaklah,tp lebih baik dari sebelum mkn VCO :) Proses ni makan masa.Parut akan semakin berkurangan masa demi masa.amin!

2) Kulit Tubuh Badan
VCO ni dah jd mcm amalan CIS.Pagi-pagi,bangun je tdo terus CIS mkn 2 biji.Jd,perubahan kulit pada badan tu x la perasan sgt.Lg pon,kulit CIS kan memang xde masalah sangat,cuma muka je sensitip ckit!hehe.. Tp,hari tu dok borak2 dgn adik.Biaselah adik beradik kalau berborak.Pegang sana.Pegang cni..Tiba-tiba adik CIS " Long,kulit kau lembut la! tegang.. " CIS pon dengan bangga buat-buat tanya " Iye ke ? " Dlm hati,bangga gilos! hehe..kalau namanya perempua,mesti suka,Jgn bohong,berdosa! Muahahhaaa...

3) Rasa Kenyang
b4 CIS beli VCO,memang dok wat research. Mana boleh nak terus2 beli je kan? Duit tetap duit! hehe..Masa reserach di jalankan,CIS banyak sgt terbaca testimoni yang mereka kehilangan kilograms setelah mencuba VCO sbb dlm kapsul minyak kelapa dara ni, die ade benefit meningkatkan metabolisma. Pd minggu pertama,CIS x rasa ape pon,sama je.Masuk 2nd week,baru perasan sbb CIS x ingt langsung yang x ambil lunch pada hari tersebut.Bila dah petang,baru terasa lapar! Menakjubkan,kan? Apa-apa pun,benda ni depends kat individu tau! lain individu,lain perubahan & masa yg di ambil. Mcm CIS, metabolisma memang rendah.4 sure akan ambil masa untuk memperbaiki perkara tersebut.InsyaALLAH :)


4) Sistem Pencernaan
Dari segi proses pembuangan pulak,memang terbaik! kalau korang jenis yang x mkn nasi memang susah sgt nak membuang sbb kne minum air masak yang extraverganza dari org lain & mkn sayur mengalahkan monyet mkn pisang!ooopss! hehe.. tp, dgn VCO, alhamdulillah.bab ini,memang tip top sangat! xde problem langsung. Biasanye,bangun je pg CIS akan terus mkn VCO 2 biji & minum air suam 2 gelas. Lepas solat subuh,cornfirm memang ade feel nak tutttttttttttt..hehe..Memang lancar.x tersekat2 ataupon u olls xkan terlibat langsung dlm masalah sembelit!x percaya? Haruslah cuba! hehe :)



5) Haid
wah! kalau buat essay,sure isi markah penuh.Huraian markah penuh beserta contoh!hehe.Point ke 5 pula ialah dari segi haid.Ini untuk kaum wanita la :) So far,b4 guna VCO pon,CIS memang x ada problem dlm kitaran haid.Sharp kitaran die je, sure datang. hehe.Tp,CIS pon ade masalah sengugut.Selepas gunakan VCO, dah kurang.kata xde langsung, memang la tipu kan? x baik tau kalau sb nak lariskan pdct,dok ckp semua terbaik walhal biasa2 je.Mcm CIS ckp b4 dis,CIS bukan up line / down line sesiapa.Sekadar berkongsi pengalaman yg jujur dari hati.Cheh-wah! Tp,kalau dulu CIS sengugut sampai x boley bangun. skang,dah boleh buat kerja w'pon ade pedih2 sikit rasa kat perut.W'pon datang bulan pd Hari Raya,CIS active bergerak ke sana ke mari.Kalau dulu sure bad mood & terlantar atas katil ala2 pesakit comma! haha


6) Keputihan

Last but no least, bab keputihan! Alhamdulillah,semakin berkurang. Mcm korang tau, perkara ni memalukan kaum wanita lagi2 kalau nak kawen kan? muahahhahaha!!

So,CIS dah share ape benefitnya VCO ni pd diri sy.Kalau korang rasa berminat,korang boleh tnye info yang lebih jelas dengan si kecik ni : Adik Liena CIS beli dari die la..Cepat,pantas & effisyen! So,selamat mencuba. Lg 1,korang jgn la berharap cuba 1 hari dah nmpak hasilnya.apa-apa perkara pon dalam dunia ni,nak dpt hasil kne sabar,kan? So,VCO ni sgt affordable & 1 supplement yg baik untuk kita amalkan!


wah! da cerita panjang,op cos la kne layan gambar CIS! hehe ..


Ni wajah b4 guna VCO tp selepas guna ubat doc

Muka CIS berminyak! kenapa tu? hehe...tyme ni dok apply VCO pd muka.Masa mula-mula pakai, memang excited! Hari2 rasa nak snap pic! Teruja nak lihat hasil kononnya!

Ni muka after 1 week makan & apply VCO pd muka.Yes,parut masih ada.Tp,biji-biji jerawat dah pupus!pdn muka korang! hehe..

Jeng,Jeng,Jeng!! Ni pic sekarang! Teruja kan? CIS memang buta technology! Jd kalau suruh edit-edit pic ni memang la xde masa.CIS happy u ols! even parut masih ade tp gettin' better :) Baru sebulan kan! kalau 2 tahun,mahu sebersih bak lisa surihani! hamboi?


Tadaaaaaaaaaaaaa....Full view untuk wajah sekarang! Jgn cemburu :) 

F.R.U.S.T.R.A.T.E.D

Salam :) :) :)
Mood CIS menulis kala ini sangat gumbira!hehe..tp,jauh di lubuk hati sangat kecewa!MENGAPA? korang tengok x slot lestary TV3 skang ni? Setiap selasa jam 9.00 malam : Cinta Elysa. at 1st, 2 episod pertama x tengok,tp bila sekali tengok,terus melekat babe! Selain dari RCW, CIS memang org kata " die hard fans " fasha la!! Fasha gedik? So what? Do I care? cheeeh! statement maut! So far,lakonan fasha memang melethop! kau mampu? plus,fasha sgt cantik! Natural beauty :)

ok! stop bout fasha! sebenarnye CIS kecewa dengan?dengan? dengan johan!! Dalam cerita tu die mcm lelaki yg sweet kot even die sgt garang!kan? Kalau korang perasan,watak die ala-ala Rain dalam cerita Full House. Garang tp sweeeet! Tp....since gossip die dgn Izreen tu,rasa sgt lah kecewa! kenapa mcm ni? Gossip tu menunjukkan bad attitude Johan! sedeh! sedeh! sedeh! Apa-pon,CIS still menonton lg drama ini sbb sgt sweet! :) ok la! itu sahaja! Jom lyn kejelitaan fasha! ooopss? hahahhaaa..
Sumber gambar : Gugel

Ini la Johan @ botak yang baru nak di minati itu! sorry johan! CANCELED! 

 Fasha! 1 ting yg bagus bout her is fasha bukan artis yg suka make up tebal.Hanya solekah yg tipis,die nmpk lebeh vaa vaa vooom!

Fuhhhh.....Memang cantik! tp body memang x boleh lawan RCW! hehe..


Prinsip hidup fasha : Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

Zaman modern.Perlu ke bertunang?

" Aku x nak bertunang lama-lama " kata si A
" Buat apa bertunang?zaman dah modern. " kata si B

Bismillah.Salam semua.Untuk entry kali ini CIS memilih topik persiapan diri untuk ke alam perkahwinan.cheh-wah! Bagi persediaan ke arah itu,perkara pertama yang dilakukan ialah banyak membaca artikel yang berkaitan dengannya.CIS akui,pengetahuan agama tidaklah sehebat mana..cuma sekadar insan biasa yang masih memerlukan bimbingan dari mereka yang lebih arif.

Pada saat -saat mcm ni,nak tidur pon x lena memikirkan pelbagai perkara.Kadang2 rasa mcm x percaya. Tp,bile tengok ade cncin di jari,HARUS percaya!hehe..Ke arah detik-detik di gelar & memikul tanggungjawab " ISTERI " bukanlah suatu perkara yang mudah semudah menghafal sifir 2. Ia memerlukan kekuatan mental & fizikal.Di sebabkan CIS bukan jenis orang yang suka membaca,jd hanya video dari mereka-mereka yang hebat menjadi santapan setiap hari.

Dari segi persiapan fizikal,mudah.Org kata,ada duit semua jalan!Mcm nama pelawak tu,Abon,Asal Bayar ON! Yang sukar ialah mencari sumber kewangan bagi melengkapkan sesbuah majlis.Namun, percayalah.. Rezeki bagi mereka yang mahu mendirikan masjid InsyaALAH murah.Kadang-kala,kita rasa seperti kekurangan wang.Tp,bila tiba masa,duit mesti ada.amin!

ok!berbalik pada soalan di atas, " Aku x nak bertunang lama-lama " ...bait-bait ayat ni selalu kita dengar. Honestly,CIS pon pernah ungkapkan ayat yang sama.Tp,bila CIS dok gugel erti sebenar pertunangan,rasa malu dengan diri sendiri.Dalam Islam,pertunangan bermaksud tempoh mengenali pasangan dengan lebih dekat.Memang org kata,x elok tunang lama-lama.Bahaya.However it is,depends pada bnyak perkara sebenarnya. Mcm mana nak ckp ya? Ianya subjektif! bukan cantik je subjektif tau!hehe..

lg 1,ramai la manusia yang kat dunia ni malu sangat kalau " putus tunang " . Dari pembacaan CIS, perkara mcm ni x perlu malu.Itu lah fungsi bertunang.Mengenali...rasa x srasi atau ada perlakuan die yang memang kita x boleh nak senangi,kita perlu putuskan agar x berlarut pada perkahwinan yang akan mengakibatan perceraian. Tp,mentality mak-mak & ayah-ayah kita,memang susah nak di ubah melainkan kalau mak & ayah kita memang yang berfikiran terbuka.kan??kan??kan??Namun,CIS minta di jauhkan perkara ini kerana setiap orang pasti mengharapkan yang terbaik buat dirinya.InsyaALLAH.

Ini hanya pandangan CIS yang mentah..Jika korang ade pendapat lain,feel free to share it here :)

Sharing is caring! CIS ada terbaca ini dari Ustad Abdul Wahab.Semoga boleh memberi ilmu pd kita semua :)

Kepentingan pertunangan


1-       Memberi peluang  mengenali pasangan dalam batas-batas syarak.
2-       Merancang  kehidupan  rumahtangga untuk masa hadapan
3-       Memupuk  perasaan kasih sayang  di peringkat permulaan.
4-       Mengenali  tanggungjawab masing –masing sebelum perkahwinan .
5-       Ikatan sementara sebelum menentukan untuk terus atau batalkan.


Masjid ini kami ziarah selepas mama say yes untuk CIS terus berkawan & Masjid ini jua yang datang dalam petunjuk kami :) :) ;p InsyaALLAH.

See u next entry!

Since June 2009

Salam.Hello semua.rasanya x perlu perkenalkan diri lagi kot!CIS bukan baru dalam dunia berblogging,cuma masih mentah dalam bidang penulisan sahaja..ehe..Actually,CIS start berblogging since June 2009,tetapi menyepikan diri hampir 1 tahun lamanya.Al-maklumlah,sibuk dengan tuntutan duniawi.ahhaks!

CIS masih akan membahasakan diri sebagai CIS kerana hanya tinggal 243 hari sahaja lagi ber'title CIK.InsyaALLAH jika dengan izin-NYA. **ha!segera ambil phone & date finder la tu!mcm x tahu!kan?kan?kan?..hehe**
Petikan dari 1 blog yg CIS jumpa :

" Blog ialah satu-satunya media untuk mereka meluahkan pendapat dan perasaan. Golongan mak nyah, golongan politik, golongan sasterawan dan juga golongan yang tidak termasuk dalam golongan yang penting, menulis blog. Bagai satu wabak dan fenomena. Rakyat Malaysia yang didakwa malas membaca, rajin menulis blog. Macam mana tu? "

Allrite!honestly,kenapa sibuk nak berblogging semula?

Yes!CIS ade FB & Twitter account.Akan tetapi,2 laman sosial ni x boleh bercerita panjang especially twitter.CIS berada dalam kategori wanita yang pot pet pot pet melebihi 24 000 patah perkataan setiap hari.Jd,blog amat di perlukan! hehe..

Mahu mengasah bakat bagai seorang wartawan!cheeewah!Mana tahu 1 hari boleh berganding bahu bersama Abg Nas mengorek rahsia artis & ahli politik negara?

Sebab lepas ni dah nak berkeluarga.Jadi,mesti macam2 perkara nak di ceritakan!ape suka & duka akan dihuraikan satu persatu secara terperinci..kih..kih..kih..

Atas permintaan Halil.4 ur info,halil adalahh pembaca setia blog ini.walau mcm mana xbest pon entry tu,die pasti baca! Pelik tp benar :)

Perancangan masa depan. ** Sila Fikir Sendiri.hehe **

See u next entry!