Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Air Tangan Mummy

Kata orang, itulah penangan "air tangan" ibu. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh,menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Jadi,dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak "terlarut" bersama-sama bahan masakan. 

Chehwahhh! puitis kan intro entry kali ni! Actually,dis week mummy masak untuk Thaqif.Bubur nasi. Fuhhhhh! Bukan senang ye nak membesarkan anak. Sabar mummy, Thaqif baru 6 bulan hidup,mummy dah 26 tahun! Mummy tak boleh aspect ape yang mummy boleh semua Thaqif boleh. Itulah kata-kata yg sering sy guna utk motivate kan diri.Iya lah,diri ini hanyalah manusia biasa.

Bubur nasi yang sedang di tenggek! 

First skali,sy ikot advice mak ngah Che Tom, "nak masak bubur utk baby ni,kalau boleh periuk asing.Jangan cmpur dengan periuk yg harian kita guna.Kebersihan mesti jaga" Sy pon pergi korek balik hadiah kawen.Taraaaaa!Masih ada 1 set periuk yang kami belum gunakan.Rasanya,set periuk memasak ni,geng nurse kawan adik yang bg.Alhamdulillah.x payah beli baru.Jimat di situ! hihihi.

Proses di mulai dengan memasak bubur.Sy campurkan ikan bilis dan bawang putih.Boleh masuk apa2 je lg sesuka hati.Tp,ini 1st try kan.Mula-mula,sy masak agak banyak air sbb sy fikir nnti senang nak blend.So,masa blend tu,mmg la mudah.sy rasa sy dah blend sehalus2nya.Tp bila time nak bg Thaqif,alamak! stil ade jugak bentuk nasi tu lg. Secara logik akal yang sy boleh fikir,sy blend tu mcm kuantiti 2 sudu je.so,mcm mana die nak jd halus kan? sbb bubur tu x bergerak pusing 1 blender.Bila blend bubur tu ade kat bawah je...gitu? wutsoever! 

ni pon blender khas! kang blend cili.blend bubur.perghhhhh! Sian Thaqif. Lihatlah kuantiti bubur tu.sikit je kan! Itu pon susah nak habis.


 Mula-mula mummy dgn confident masukkan bubur ke dalam baby feeding spoon yang mummy beli,RM47.60. Tengah bulan,anak punya pasal.ok! beli!! suap-suap, xnak jugak si Thaqif ni.satu lg hal,di sebabkan x hancur sgt,bila kita press body die tu,x keluar.press kuat nau,tercampak sampai 10km jauhnye! Thaqif fed up,mummy lg fed up! 

Tak putus asa! Mummy cuba pulak sudu silikon yang daddy beli,RM24! haaaa! Total kan! Almost RM100 hanya utk cari sudu anak yg seswai. Guna sudu ni pon xnak jugak! Rasanya Thaqif trauma kat hosp.MayB die ingat setiap benda yang masuk mulut die berbadan panjang,itu ubat! xpe la Thaqif,slowly!

akhirnya!habisss!! bubur mummy habis!! licin!! nak tahu mcm mana caranya? 
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


botol susu! Puting tu lubang die besar.sy beli utk Thaqif mkn nestum masa 5 bulan hari tu ;p

Keesokan harinya,mummy masak lg.kali ni masak bubur tu sampai kering.nak cuba cara moyang Thaqif pulak.Moyang kata,masak kering-kering nnti senang nak lenyek! Siap masak,sy pon gunakan tangan yang berlengan sasa ni lenyek bubur. haaaa! lumat kawwww! Lg halus dari blender.lekit2 cm tu. pastu kepal2 kan kecik2, suap. Thaqif si budak panjang akal ni pulak,berlakon konon2 tercekik.Walhal mana ada! Mummy dah tau tactic Thaqif la! 9 bulan mummy mengandungkan Thaqif. Seperti biasa,mummy guna tangan! bila suap guna jari,die sedut jari kita. 6 bulan dia baru mahir meyedut.Menelan coming soon!! 


Makan kalau x comot x sah! Mummy,please change my clothes!


korang ade makan sampai kaki? 
Thaqif makan sambil bersilat sbb tu bubur ade kat kaki.

 Haihhh Thaqif.makin memanjang.melebarnya enggak dong! 

oklah!kita stop soal memasak! Nanti Thaqif da boleh makan mummy cerita lg. Topik baru! perihal Thaqif nak menukar pampers! Tarik nafassss.hembusssss.tarikkkk. hembussssss. Kalau nak menyalinkan pampers Thaqif,kemain susah! lasak!! Kadang- kadang bila poo poo kan,sibuk kita membuka pampers,sibuk juga die nak explore bahagian alat sulit die.apa baru sedar u ni boy ke Thaqif? Atau u nak re-check mummy buat bersih ke tidak.kadang2,nak tukar pampers kena berdua.Bukan apa,dia suka masuk jari dalam mulut.kang termakan kang! Kalau tengah malam, hubby tukar pampers,sy pegang tangan.tetapi,beberapa hari ni,mummy sudah temui solutions mcm mana xnak bg tangan die bergerak! Jeng.jeng.jeng!! 

Mummy kepitkan tangan die bawah bantal! Yeaaaaaaaaaaa!! x boleh gerak lg.
Tengok la tu! muka seposen yang buat kita x jd nak marah!

Pot pet pot pet.dah jadi panjang pulak entry ni! ok la.Mummy ili stop dulu.Nanti Mummy Ili story mory lg ok! 

 Rupa-rupanya,daddy pon teringin! kih.kih.kih.

  Mummy x bawak balik bekas mandi Thaqif ke kampung daddy! So,Thaqif mandi dalam besen!


My son is six months old!

My son is six months old! Alhamdulillah.



Day 2 : 14/4/2013

Dari kat hospital mummy dah asuh Thaqif supaya friendly dgn camera! hihi

alahai..cinonit nye Thaqif!


Thaqif 4 bulan masa ni.Wedding sepupu saya di Pontian,Johor.
***Owh yea!sy nak let go overall Thaqif tu.Brand OshKosh B'Gosh.Guna 2 kali sahaja

6 month!

Assalamualaikum readers! Hari ini 13/10/2013,genaplah Muhammad Thaqif 6 bulan. Pejam celik sudah separuh tahun berlalu sejak Thaqif lahir kedunia.Sekejap je kan,sayang! Terima kasih kerana menggembirakan hidup mummy & daddy.Mummy berasa sangat bertuah kerana di kurniakan anak yang baik mcm Thaqif.Syukur :)

Mummy juga kelihatan semakin cekap menguruskan anak.sambil dukung anak tangan kiri,tangan kanan boleh masak sambal.Wow,supermom sangat!


Muhammad Thaqif.Bibirnya bagai dilukis.hebat ciptaan mu Ya ALLAH! 

Dalam menjangkau umur 6 bulan ni,Thaqif di duga dengan batuk berkahak.Saya rasa, mungkin berjangkit di Taska.Thaqif yg bawa virus! satu rumah semua batuk & selsema. Tapi,kalau kita da besar,xpe la.tahu mcm mana nak buang kahak kan?Kalau kecik lg mcm Thaqif? At first,sy mmg panic.Tp,xda masalah yg x boleh selesaikan,kan? Sy gugel & jumpa cara untuk merawat ,Alhamdulillah,Thaqif getting better!

Buat panduan mummy semua,ada beberapa cara antaranya ialah :

1. Wapkan bayi. Caranya: masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam 1 bekas yang agak lebar. Titiskan minyak yu yi atau minyak2 jenama lain yang seumpamanya ke dalam air panas. Bawa muka bayi dekat dgn wap air, (selubungkan kain atas kepala agar wap lebih tertumpu pada muka bayi. Kalau boleh muka anda masuk sekali untuk memastikan keselamatan bayi). Hati2 kerana air panas. – hasilnya: melegakan rongga2 pernafasan.

2. Tepuk2 bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Caranya: Bentukkan tangan anda seperti mangkuk, dan tepukkan badan anak anda. Gerakkan tangan perlahan2 sambil menepuk seluruh kawasan badan anak. Bunyinya
memang agak kuat, tetapi tidak menyakitkan anak.
3. Untuk meredakan selsema hidung tersumbat, boleh juga amalkan petua orang lama ini: ambil kunyit basah sebesar ibu jari (bukan serbuk), asah hujungnya pada lesung batu hingga terbit air kunyit. Sapukan kunyit yang diasah tadi pada batang hidung anak.


Saya cuba ketiga-tiga cara.ooppsss!cara yang pertama & ke dua hubby sgt cuak ye!Patutlah kami dijodohkan bersama.kami saling melengkapi.Kalau bab-bab mcm ni,saya lebih berani.

ok!Semoga anak mummy terus sihat dan kuat.kalau Thaqif nangis-nangis,sy akan bawa dia tempat sunyi dan try slow talk,"Thaqif,ini dugaan.Allah menduga pada orang yang disayang. dan..dan..dan..dll " Thaqif faham.Dia akan senyap dan continue main,main & terus main! kih.kih.kih.itu anak mummy!

berbalik pada cerita asal.kenapa mummy happy sangat Thaqif 6 bulan ni? Sebab Thaqif dah boleh makan.yahoooooooooooooooo! so,ape yang mummy bg?

Biskut bayi Milna & Nestun Beras yang ada kandungan susu jugak!

Mummy baru beli semalam.hihihi.Sy excited sangat sebab masa ni la kita boleh bagi makanan yang baik untuk membantu tumbesaran anak dari segi fungsi otak,saraf & juga antibodi.Dan,sebenarnya mummy x sabar nak makan sama-sama dengan Thaqif.Apa yang masuk dalam mulut mummy,mummy nak jugak ia masuk dalam mulut Thaqif tau! Sentimental habis,kan? Biasala,feeling mak-mak.

Thaqif makan guna sudu.puas memikir cm ne nak bg die makan.amik bouncing net,letakkan atas tu,nasib x terbobos je bouncing net tu! So,suapkan.mula-mula ok,lama-lama die dah x selesa tau.Perangai Thaqif ni sebijik moyang.x suka duduk atas rumah.kalau kita suruh makan,die punya xnak mcm kita g suruh berperang! Agaknya Thaqif belum biasa guna sudu.so,ade la dalam 10 suap je kot.pas2 Thaqif mengamuk,mummy angkat,tepuk2 die,Thaqif tido..boleh?

Mula-mula suap! senyum!! Thaqif ni mmg mat senyum sikit! 
sy sudah di beri hint dari Thaqif dalam perut lg.Ustazah kat college bg tahu.Bidan yg datang belek perot pon bg tau.Sampai kat kedai makan,ade seorang lelaki berkopiah mcm ustad gaya nye.Die tegur saya " Anak awak dlm perut ni suka senyum orangnya" 
Bila dah lahirkan Thaqif,mmg la.Tengah tido pon boleh senyum! 

sudah mula gelisah dan tunjuk muka xmoh mummy! xmoh dah!! xsuka guna spoon! Difficult!!

nak story pasal perjalanan Mummy ili dalam breastfeeding. dulu sebelum bersalin,sy memang dideahkan dgn kelebihan BF.kalau org tanya,"Nnti anak nak minum susu apa?" Dengan yakin sy akan menjawab anak sy fully BF! Bila dah lalu sendiri,wah!!bukan mudah ye perjalanan BF. Pelbagai rintangan,tp sy enjoy!Serious. Pd mulanya susu sy agak kurang,tp setelah mencuba supplement Shaklee,susu sy meriah! sangat meriah! Since bulan puasa,agak merundum ditambah pulak dengan sy yg x constant makan supplement. Kadang-kadang terlupa.Kadang-kadang dah ingat,tp bila ngadap Thaqif,tros lupa semua! Kadang-kadang dah ingat,tp penat,tertido! haaaa.gitulah!

Lama kelamaan,susu mmg drop habes!ditambah pulak dgn kesibukan di opis.sy hanya mampu pump sekali sehari je.Salah diri sendiri jugak,sbb malas! Tp kadang-kadang,bz. Alasan sangat!Sy jd stress bila sekarang ni terpaksa beli susu 4 kotak sebulan. huhhh! mengeluh sangat.Thaqif minum susu Enfalac A+. Mula-mula dulu sy pilih susu yang mahal sikit sbb susu ni untuk top up je kat Taska.Dirumah mmg fully BF.so,x kesah la ambil susu mahal pon sbb sebulan hanya guna sekotak je. sekarang? hamikk kawww! Sengsara sangat.

Oleh kerana itu,saya akan berusaha kembali untuk mengembalikan susu yang melimpah ruah.Selain BF ni kosnye murah,ia juga pd sy lebih mudah disediakan.Kalau guna susu FM leceh! nak g jalan kena bawa thermos la.ape la..itu la...ini la....Grrrrr! 

hahahhahahahahaaaaa.panjang jugak entry ni! ni lah cerita sy & Thaqif sepanjang 6 bulan pertama kehidupan kami.Lastly,happy 6 months my SON!

Thaqif dah besar lah mummy!

hello!jumpa lg.mood rajin menulis!Students final,so x perlu kacau mdm nak rehat setelah berhempas pulas satu sem mengajar!kih.kih.kih.

 hari ke-20!Merah lg kulit pria ni.Mummy da risau,gelap ke cerah.gelap ke cerah ni!hihi.

Petang semalam,seperti biasa sy ambil Thaqif di taska.Sampai je sy di muka pintu,Thaqif senyum dan melonjak-lonjak kegembiraan nampak muka sy!Fuhhhhhh!hilang segala penat mummy tengok anak mummy sgt aktif dan bersikap positive sebegitu.terus ambil Thaqif dari Mama Norm (Ibu Thaqif di taska) dan hug Thaqif kuat-kuat!! Thaqif kenal mummy eh.saaaaayang die!!mmuahhh!!mmmuahhh!!

Last 2 weeks,time tu Thaqif tengah main sendiri-sendiri.Mummy nak solat.Wo tanya Thaqif,"mummy mana mummy?" Thaqif mungkin belum mampu untuk mengangkat tagannya & tunjuk pd sy,tp Thaqif gerakkan biji matanya dan pandang ke arah sy! Ya Allah!! So sweet!! Terharu sangattttttt!! Tros hug Thaqif,"pandai nye anak mummy ni..." Kata-kata semangat supaya Thaqif menjadi anak yang bijak.

Biasalah,dah jd mummy.Hanya perkara kecil bisa menggugurkan jiwa ini! Ya!! mmg sy excited sbb sy belum pernah ada anak kecil.Malam td,4 pg.sy dengar Thaqif berbunyi "Ermmm..ermmmm...ermmmm" ingatkan nak susu,rupanya nak tunjuk stunt terbaru yang mungkin Thaqif baru mimpi malam td! Huk'aloh!! Mummy work la 2morrow sayang! Layankannn..Mcm mana stunt Thaqif? Angkat kedua-dua kaki tegak ke atas.Kedua-dua tangan memegang ibu jari lalu Thaqif pon berguling ke kanan dan kekiri dengan laju.Yang lawak,sy bg susu dan tepuk-tepuk sikit,si Thaqif tido semula! kah,kah,kah,Adakah sy melahirkan Mr. Bean ke 2 dunia?1 day kita bergu anak beranak join Raja Lawak.Daddy are not allowed sbb nanti org konpius kita buat lawak ke majlis Tahlil ni..?hihi.

lebih kurang beginilah aksi Thaqif 4pg kekiri dan kekanan.Lasak & Notty!
 
Jika anda follow FB sy,anda pasti tahu setiap malam,jam8pm Thaqif akan ada tuition class bersama Wo! Wo akan ajar bunyi & baca kisah dongeng.Kadangkala,sy nampak seperti Thaqif tidak mengendahkan apa yang dipelajari.Namun,hasil pembacaan mendapati ia normal. Bayi akan nampak seperti buat dono,tp sebenarnya he's learning! Nak dijadikan cerita,suatu hari kami keluar berjalan-jalan.Tiba-tiba ada ambulans lalu.Sy lihat Thaqif mencari bunyi tersebut & berkeadaan seperti berfikir.Mungkin teringat bunyi yang wo ajar "Niiii Nooooo Niiiiii Nooooo" Alhamdulillah.

dah.xda apa nak cerita lg.students sibuk datang suruh ajar untuk paper next week.Akhir kata,semasa mengandung sy mmg suka tengok baby mata besar & bulat :)