Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

"Die yang cantik pon x boleh,ini kau pulak iylia?"

Assalamualaikum.
Rancak mummy berblog'ing lately.sy free!Cuti hingga ke tahun baru.Sy boleh cerita banyak sikit sbb Thaqif selamat tidur.phewww!12.15am baru tido.sabar je la!sebelum sy story tajuk di atas,jom tgk pic Thaqif dulu,mcm biasa.kih.kih.kih.

 


Day 7. Siapa sangka ini Thaqif,kan?


yeah!my son! Mummy ambil set Breastfeed Shaklee.
Alhamdulillah,bukan mummy je berkulit cantik,Thaqif pon dapat kesannya :)

Masa sy sedang berfikir-fikir nak join Shaklee atau tidak,ada suara yg berkata,"Kau nak jual Shaklee? Kak Siti (contoh) yg cun melecun tu jual Shaklee pon x berapa sgt.Ini pulak kau.Cantik baru boleh jual woi"
Apa perasaan anda jika anda ditempat sy?Sedih?Xnak kawan lg dengan si dia? Saya cuma mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada si dia dengan kata-kata semangat itu :) Orang sekeliling bukan penentu pintu rezeki saya.Biarkan apa kata-kata orang iylia,ingat anak. Rezeki anak ni mmg besar dan luas. 

kata-kata motivasi untuk sy
 "Iylia, aim for the moon,if you land,you will land among the STARS"

Dis entry xnak cerita pasal product Shaklee,tp lebih kepada cerita mengenai perkembangan anak sy.Kalau sesiapa ada suggestion atau pendapat,boleh drop comment :) Usia Thaqif sudah 8.5 bulan tetapi dia masih belum merangkak.Pd sy,itu bukan satu isu yang besar kerana lain budak,lain rentak tumbesarannya. Tp,biasalah,kalau org tgk Thaqif,mesti tanya kami mummy & daddy,anak dah merangkak ke belum?

Susahkan kalau nak explain satu-satu,sy lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan hati seorang ibu kuat mengatakan yang anak sy normal,cuma dia lambat sikit.Daddy Thaqif,nampak je cool,tp suami agak cemas jugak. Kadangkala,suami akn cakap pd Thaqif,"cepatla merangkak.anak kawan daddy sebaya Thaqif dah merangkak tau" Sy hanya diam.Bila suami pergi ambil air kat dapur,sy akn bg kata-kata semangat pd anak sy "Mummy tau Thaqif boleh.Take ur time.Mcm mana lama pon,mummy tunggu" Kita yang mengandungkan dia,kita tahu anak kita.

Pd sy,itu normal kerana gigi Thaqif tumbuh dulu seawal usia 6 bulan.Hasil pembacaan sy,apabila budak dah tumbuh gg,fokus die lebih pd gg sehinggakan dia lupa utk kerja-kerja yg lain.Berat tugas mereka.nak merangkak,nak berjalan,nak buat itu,nak buat ini.Sy juga ada baca,merangkak ni adalah fasa yang paling penting untuk perkembangan anak.cepat/lambat dia merangkak itu x penting,yang penting tempoh dia merangkak.Lg lama,lg bagus kerana kajian menunjukkan,anak yg merangkak dlm tempoh masa yang panjang cenderung untuk memiliki IQ yg tinggi.

Andai ditakdirkan Thaqif merangkak sekejap?X mengapa.IQ rendah pon x bermaksud dia tidak bijak,kan? Cuma IQ tinggi ni boleh jd satu benefit,kan? 

1 – Perkembangan fizikal
Ini meliputi dari bahagian meniarap, berpusing, menyelar, merangkak, berjalan dan seterusnya berlari. Perkembangan fizikal adalah bahagian yang paling ketara dan dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebab itu jugalah bagi kebanyakan kita perkembangan fizikal ini adalah yang paling kerap kita bicarakan dan berikan tumpuan.
Perasan tak bila orang suka tanya
Anak dah pandai apa?
Dan biasanya jawapan yang mereka hendak adalah dah pandai merangkak, dah tumbuh gigi dan sebagainya.
Menjaga perkembangan fizikal ini juga mudah – cuma pastikan bayi diberikan nutrisi yang lengkap dan diberikan ruang untuk berlatih mencapai milestone berkenaan.
2 – Perkembangan mental
Bahagian ini meliputi dari kebolehan mengenal pasti ibu dan bapa, mengenal diri dan anggota badan, mengenal alam sekeliling, membuat bunyi, mendengar, bercakap, membaca dan sebagainya.
Untuk memajukan perkembangan ini, ia memerlukan perancangan yang teliti.
Kebanyakan daripadanya akan berlaku secara semula jadi, tetapi dengan ransangan yang betul, bayi akan mencapai milestone yang lebih awal.
Biasanya juga, bayi yang mengalami perkembangan mental yang sempurna lebih bijak dan lebih matang dari perkembangan fizikal.
3 – Perkembangan emosi
Bahagian ini banyak bergantung kepada penggunaan masa berkualiti yang diperuntukkan antara bayi dan ibu bapanya.. Adik beradiknya.. Keluarganya dan mereka yang berada di sekeliling bayi..
Bayi yang banyak meluangkan masa berkualiti dengan ibu bapanya akan lebih tenang dan tidak suka mengamuk tanpa sebab..
Sungguhpun Thaqif masih belum merangkak, saya gembira kerana perkembangan minda Thaqif lebih cepat dari average. Begitu juga dengan perkembangan emosinya..
Sebagai contoh,Thaqif boleh tepuk tgn/tepuk amai-amai seawal usia 7 bulan.kelepek-kelepek bunyi dia tepuk tangan.Bila sy rujuk buku Kementrian Kesihatan tu,ini ialah kemampuan untuk anak 12-18 bulan.
satu lg,yang sy agak kagum ialah menyebut suku kata yang kita ajar.Contoh sebut nama sendiri,Ta kih..anak kecil yang lain perkataan pertama mesti ma/ba/da..perkataan pertama Thaqif ta..ta..ta.. Kalau sy ajar sebut Mum-my! Thaqif akan reply "aaaa..iiiii" maksudnya dia faham.Cuma die xtau nak luahkan mcm mana bunyi nak tiru mummy dia balik :)
xda manusia perfect dalam dunia,kan?so,lebih kat sini,kurang kat situ.lebih kat sana,kurang kat sini.normal!perdulikan mereka-mereka yang asyikkk sibuk suruh anak sy merangkak.
Satu lg yang sy nak mengomel,ialah orang asyik bising size Thaqif kecil berbanding anak lain yang seusia dia.Hmmmmmmmmmmmm.malas nak layan.Janji sy tahu ank saya,sihat! Jd ibu memang mcm ni,kena bersedia dari segala aspek & sudut. xpe Thaqif,mummy percaya dan mummy yakin dengan Thaqif,Mummy yg lahirkan Thaqif,mummy tahu segalanya! 
Satu lg issue,masalah walker.korang boleh refer banyak artikel di Internet spt Isu Waalker 1 dan Isu Walker 2 .
selamat membaca!







No comments: