Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Kasih dan Doa Ibu hingga ke Nafas Terakhir



WARNING!! 

Entry kali ini sangat panjang :)


Married! 


ini kelakar! sampai sekarang kalau saya ingat kisah ni,memang tergelak-gelak. Seminggu kawin dah beli UPT test.mampu? haha.x pandai kira hari subur semua tu!!!! nasib ada kawan yang membantu.kawan yang dah kawin.call mereka semata-mata nak belajar walhal dalam internet berlambak!! nampak x? hadoi..iylia! please lah!!

10 hari kawen,datang bulan.die punya sedih,perghh! Macam suami x balik 15 tahun.hihi.bukan saya je sedih,mama lg sedih.terduduk terus saya bagi tahu sy datang bulan.
Masa tu ialah masa untuk belajar.google & call kawan.baru lah pandai kira hari yang sepatutnya & dll.sy kahwin 1/7. lepas tu puasa.masa raya ialah date line nak tau pregnant ke x,pregnant ke x.Ya Allah,adakah aku akn kecewa sekali lg? Macam-macam fikir. 

Harinya tiba!eh,x datang pon? Terus beli UPT test. arghhhhhhhh! -ve!! 
3 hari,x datang lg? UPT test lg!! eh,samar-samar.happy!!!
seminggu,UPT test lg. Alhamdulillah,cornfirmed! 

Kadang-kadang naik malu pergi farmasi.first time beli UPT test,menggigil tangan.takut orang kat kaunter fikir bukan-bukan.ape ntah ibu ni kan? Anak halal :)


Inilah kerja saya. UPT,UPT,UPT!! Nanti Thaqif dah besar,baca balik tau kisah ibu ni. Thaqif akan tahu betapa excitednya ibu & babah menunggu kehadiranmu.



hello ibu dan babah! I'm happy here :) Thaqif pd minggu ke 23



Thaqif sangat notty! dalam perut dah nampak kenakalannya.tp xpe,fakta mengatakan anak yang nakal masa kecil insyaAllah bijak.InsyaAllah.

Ibu : Doktor! hidung anak saya mancung ke x?
Doktor : Tengok tu,anak awak tutup hidung xnak bg tengok.ibu & bapa yang lain,soalan pertama tanya anak sihat ke x.Awak tanya hidung??

hihi.akhirnya?? Batang hidung naik, tepi hidung kembang!perfect.dua-dua ada.


saya membesar dengan jayanya! Proses mengandung saya tidaklah terlalu teruk.Ok ok saja.ada muntah-muntah jugak.Tp masih tahap biasa-biasa la.standard org mengandung lah :) waktu ni,untuk pengetahuan Thaqif,ibu mengajar 32 jam seminggu yang mana standard mengajar ialah 20-24 jam sahaja. ibu rasa ibu hebat sbb ibu xda kelas malam dan anak dara pon belum tentu punya semangat seperti ibu.

Saya mengajar FIN358,MAF330 dan INS312. waktu ni subject insurance xda lecturer.kesian students.Jd,ibu curahkan sedikit ilmu yang ada pada mereka. Niat ibu satu,ibu didik anak orang lain sungguh-sungguh and hopefully one day cikgu akan didik Thaqif sungguh-sungguh juga :) Minggu-minggu genting iaitu minggu ke 30,ibu masih larat buat extra class dan ibu masih boleh jalan kaki ke kelas untuk mengajar seperti biasa.

sebab apa ibu macam tu? Masa mengandung,apa perangai kita,anak akan ikot.Ibu try jd yang the best untuk Thaqif admire,chehwah!!



2.00 am : Buang air dan terlihat ada darah.saya menjerit panggil suami!
5.00 am : Perut semakin bergelora dan tak tahu nak ceritakan bagaimana rasanya.
Ibu & Babah gerak ke Hospital.
6.30 am : 2 cm bukaan jalan.
10.00 am : Masih lg 2 cm bukaan jalan.Ibu rasa sakit sangat.Ibu rasa nak menjerit. Ibu xtahu nak cerita macam mana sakit tu.x keruan.terbaring,meniarap,mengiring.semua x kena!
3.00 pm : 7 cm
5.00 pm : 9cm dan start "push.push.push"
7.00 pm : Thaqif masih belum keluar. Babah ada disamping ibu.
7.29 pm : Tangisan Thaqif di bumi ini bergema,Alhamdulillah.










Anak.anak.anak! saya manusia paling gembira ketika ini.terima kasih buat yang maha-Esa kerana memberi saya peluang untuk rezeki anak. xpe lah xde duit banyak dan kaya raya,rezeki anak membuatkan saya rasa saya wanita bertuah di dunia!
saya insan paling bertuah walaupun pada ketika ini doktor memberitahu sesuatu perkara yang tidak ingin sy dengari.


see!muka Thaqif!!haha.skema habis!diam je,xtau nak buat apa.terkebil-kebil mata.tp,masa ni,dia belum boleh lihat lg kan sebenarnya. cuma yang dia boleh lihat seperti malaikat.

first! Pic yang sy snap! He's so cute!! side burn mahal ooo! Thaqif dilahirkan seberat 2.4kg , 46cm dan berambut lebat. betul lah kata orang tua-tua. kalau masa mengandung perut kita selalu gatal,rambut anak lebat! lg satu, kalau kerap buang air kecil,pon dikatakan rambut anak mungkin lebat.sy amalkan minum air kelapa sejak usia kandungan 7 bulan.air kelapa muda,jangan tua! kang anak xde rambut terus! hihihihi.
                                 

                                                                                                   
alhamdulillah! suami sy berpeluang untuk mengazankan zuriatnya sendiri.penyambung generasi Halil,insyaAllah. 

masa sy sedang buat keputusan untuk berkahwin,sy doa pd Allah satu je.satu je yang sy minta,x lebih. sy mohon,beri saya seorang suami yang akan menjadi bapa yang baik buat anak-anak sy.x sayang sy,x hargai sy,nak buat apa-apa pd sy,buatlah.tp jgn sesekali pernah mengguris hati anak-anak.sy mahukan lelaki yg sayang anak-anak.tahu tanggungjawab dengan anak dan rapat dengan anak. 

Alhamdulillah Allah makbulkan doa sy.Suami bukan sahaja baik dgn anak tetapi juga dengan saya.As long as suami tahu tanggungjawab,itu sudah cukup sempurna :)

                                                                                          
Thaqif dan maksunya. manja macam kucing.hihi. Thaqif,nanti dah besar,baca blog ibu & u will noe how much i love you! Bg saya,Thaqif seorang anak yang cukup istimewa. Dugaannya hebat. Thaqif mesti ingat,Allah x akan menguji jika kita tak mampu untuk hadapinya. apa-apa masalah,Thaqif boleh cerita pada ibu. Thaqif jangan cepat mengalah ye syg. 


mengenai cukur jambul. ini ailah permintaan suami agar kami tidak mengadakan apa-apa majlis cukur jambul. kami hanya cukur rambut Thaqif,timbang & nilai timbangan itu ditukarkan mengikut harga emas dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sebagai seorang isteri,saya mengikut kehendak suami walaupun penat nak jawab soalan orang ramai "x buat majlis ke?" "Eh,da cukur rambut?xda majlis"

tepuk dada,tanya selera.masing-masing ada cara tersendiri. Thaqif jgn fikir ibu dan babah kedekut tau! bukan..babah turut menunjukkan ibu beberapa artikel yang berkaitan mengapa dia minta dibuat sebegini cara.


nak baca boleh click Info Cukur Jambul



Mengikut islam, nama anak boleh diberitahu pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi.Yang ini betul-betul saya baru tahu. InsyaAllah,anak ke 2 akan diamalkan :)

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)


Kesian muka anak ibu! masa ni,1 month old baru.so,diam lagi.apa kita buat,senyap je.belum pandai kuak kupu-kupu :)



si ibu bergaya ala-ala PRO! hihi.




tadaaa!dah siap :) Thaqif apa kisah,sleep,sleep dan terus sleep. 
rasanya pic ni saya tidak pernah share di FB/Insta. jd kira khas untuk tatapan pembaca blogger sy.kui.kui.kui.


first time warded! ibu mana yang suka lihat anaknya sakit? sedih,pilu penuh dalam hati.bercampur baur. dis time,Thaqif demam 6 hari x baik-baik. suhu 38 je..masa doc tahan,suhu Thaqif 39.2 dan terus doc bg ubat time tu jugak. bila anak demam,risau. takut perkara bukan-bukan yang jadi.minta dijauhkan.

apabila terbaca luahan hati isteri pramugara MH370,sy tersentuh dgn ayatnya " Allah is great to lend you as a GIFT to me even for a short period time ... "
walaupun berkali sy baca luahan hati isteri,mmg syahdu. 

Thaqif adalah GIFT untuk ibu yang paling bernilai. Allah baru bg ibu GIFT ni,setahun! banyak kenangan indah kita bersama kan sayang. Semoga allah pinjamkan Thaqif untuk ibu dan babah dalam jangkamasa yang panjang. Ibu nak buat macam-macam perkara dengan Thaqif. (sebak!!)




Setiap kali tukar bulan,setiap kali tu akan demam.Malam-malam ibu dipenuhi dengan rengekan dan tangisan Thaqif. Terima kasih sayang,ceriakan hari ibu :)
Kalau xda anak,ibu tidur berdengkur-dengkur agaknya!hihi :)
Thaqif kena kuat semangat tau! Jangan sesekali give up dalam hidup ni.Thaqif mesti strong macam ibu! exactly like me!

pejam celik, pejam celik, dah setahun kita bersama.indah sangat.

Antara memori kita bersama :













perhatikan gaya mulut yang sama untuk setiap pic :)



cara senyum sinis kami.kui.kui.kui.


once upon a time! lipat-lipat jeans tu.sekarang,dah senteng.dalam almari diamnya!


Thaqif yang murah dengan senyuman.rajin senyum time pregnant,nti turun ke anak :)





alhamdulillah! terima kasih atas kurniaan segala kebagiaan mu ya Allah.
Selamat Hari Ulang Tahun yang pertama Thaqif.Ibu doakan SEGALANYA yang terbaik untuk Thaqif.Selagi ibu bernyawa,doa ibu xkan putus untuk Thaqif,InsyaAllah & ameen.


No comments: