Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Luahan hati ibu :-)

Assalamualaikum.
Kali ni,entry x bergambar.hanya luahan hati seorang ibu.wahh gituuu :-)
Isu diri sy beberapa minggu ni ialah team building.nak pergi ke x?Si suami mmg 100% membangkang sekeras2nya supaya sy x perlu pergi memandangkan ank kami masih kecil.Setelah dipujuk & diterangkan,suami bg green lite!ok,sy pergi dgn hati yg berat utk tinggalkan ank.
Persoalan yg mungkin bermain di minda anda mungkin...

1) Kenapa x bawa anak?
Team Building ni di ulu yam kwsn yg saaaangat dalam.Line talifon pon semput-semput. Kwsn berdekatan tasik & agak bahaya. Syukur sy x bawa kerana sy sendiri rasa takut.

2) Org lain pon ade ank jugak,tinggalkan ank sehari dua,biasa lah tu.
Ye,terpulang.Sy xda jawapan utk itu.Yg nyata,sy belum bersedia utk jauh dgn ank,begitu jua dgn ank sy.

Jumaat,7 Mac 2014

Pg-pg lg dah bangun.semasa solat subuh,dah berjurai air mata masa berdoa.boleh lg fikir xnak pergi.hihi.tp,komitmen kan..buang jauh-jauh perasaan itu! Hantar Thaqif school,lgggg x tahan. Sy tersedu-sefu depan gate.Masuk dlm kereta,sambung lg perasaan tu.Suami tanya sekali lg,"Betul ke nak pergi ni?" Sekali lg soalan ini memberi impak kedalam jiwa!
Gagahkan hati,pergi juga.Dalam bas,x boleh tahan.Tinggalkan suami x rasa sgt,tinggalkan ank,kemain over!!hihi.wut to do.

Sampai kem nur nilam sari ulu yam,sy cuba utk lupakan ank seketika. Andai terlalu rindu,sy buka beg & lihat baju Thaqif yg sy bawa.bau...bau Thaqif yg masam baru bangun tido.hihi.Not only his baju,ibu juga bawa towel Thaqif,shower gel Thaqif & sikat Thaqif.hihi.

Alhamdulillah,hari berlalu agk pantas.Sebelum tidur,sy msg suami.x boleh call,line xda.tu yg paling lg sakit hati sikit.susah nk hubungi org tersayang.hmmmm.suami bg tau evrytin' ok & Thaqif dah tido.

Sabtu,8 Mac 2014

Yea.dah Sabtu,esok balik.itu je sy fikir.nak jumpa ank!!Yeeee-ha! Aktiviti lasak sampai 1.00pm. Sy pon pinjam phone kwn yg ade line,call mama.Babah Thaqif mmg kerja sabtu. So,sy fikir call mama la sbb Thaqif dgn mama. Mama bg tau yg die baru keluar Klinik dgn mak,Thaqif demam.Panas pulak tu,38.7°c!! Dan lg sy rasa x best,Thaqif demam since mlm td,suami sy x bg tau!!

Sy pon borak dgn Thaqif.Mama kata Thaqif senyum lebar..die cari mana suara tu & nk kaup guna tgn suara tu.Ibu mana tahan dengar cam tu? Lg mama ckp,Thaqif ambil phone & letak kat pipi dia..rindu.. Sayang..Perghhhh!!Luluh hati sy,ank sy berperasaan rindu sgt pd ibunya! Sy terus minta permission utk pulang.

Setiba sy dirumah,Thaqif terus buat reaksi tgn nk dtg pd sy.Sy ambil dia & dia genggam baju sy x lepas! Dia baroing didada sy dan senyum.Ya Allah,terima kasih kerana beri aku rezeki anak & menganugerahkan perasaan yg hebat seperti ini. Thaqif dah puas hug,die pandang muka sy. Dia pegang pipi sy,dia pegang rambut sy & I'm so toucheddddd!

Betullah org tua-tua kata,ank lelaki muka sama dgn mak mmg sejuk. Sy rasa ada kebenarannya,mungkin? Ibu rindukan Thaqif,Thaqif jugaaaa rindukan ibu. Dan,satu lg,ikatan ibu & ank. Betul juga fakta breastfeed.Kita kalau BF ank,ank akn syg kita lain mcm. Walaupun rezeki ibu hanya 7 bulan,ibu syukur!

Dan.dan.dan.Yg ibu kelakar,Thaqif nmpk da sihat.suhu pon bawah 36 je.Ibu ade rumah,terus baik!! Propa nak suruh ibu balik awal kan..

Itu sahaja luahan hati sy sebagai seorang ibu.Rezeki anak adalah rezeki paling indah dari Allah buat sy & suami,Alhamdulillah.

1 comment:

mrszahrin ekin said...

ambik keputusan benti keje cis...jaga sendiri...pasti lagi seronok...