Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Kembali menulis!

Assalamualaikum semua!! Lamanya saya berhenti menulis blog. Kalau yang dulu rajin baca blog saya mesti tahu perkara pertama setiap entry akan didahului dengan gambar terkini anak bujang saya Muhammad Thaqif yang kini berusia 3 tahun 4 bulan 1 hari :)



** Muhammad Thaqif Bin Halil
Kata babah "pic dari jauh memang comel,bila zoom nampak gigi hancusss.lol.**


**Belanja pic Thaqif & ibu**

Perkembangan saya setakat ini..baru sahaja menamatkan pengajian! Phewwwww lega sangat! Tak perlu nak bangun 5 pagi sabtu atau ahad untuk hafal points dan formula. Tak perlu lagi nak korbankan hujung minggu sabtu dan ahad. Tak perlu lagi meninggalkan anak untuk study. Tak perlu fikir problem ke symptom problem ke sympton? Tak perlu google ayat-ayat untuk presentation! Tak perlu lagi stress. Tak perlu lagi otak bekerja isnin-ahad tanpa henti. Segala pengorbanan ini demi masa depan yang lebih cemerlang giteeww! 

Satu je benda bila nak sambung belajar ni pada sy, KAWAN! Kawan kena pilih yang betul sebab kawan yang betul akan banyak membantu. Masa semester 1, Thaqif warded rota virus 2 minggu dan semasa semester berjalan. Allah,dalam hati memang rasa nak quit sebab fikir assignment x buat! Mustahil untuk lulus kalau x buat assignment! Mujurlah Allah bagi rezeki kawan-kawan yang baik. Sorang hantarkan buku kat rumah ( utk book review ) dan sorang lagi emailkan journal ( utk journal review ). Hanya Allah yang boleh balas jasa korang berdua!

Dalam hati dah fikir quit sebab rasa bersalah sangat pada anak.Adakah ibu terlalu pentingkan diri sebab sambung belajar sewaktu anak masih kecil? Mungkin belum masa,kena tunggu anak besar sikit? Arghhhhhhhhhhh! Tension sangat masa tu. Mujur ada kawan bagi support dan kata-kata positif dan mujur juga saya berjaya kentalkan hati. Tup tup pejam celik pejam celik, dah appeared COMPLETE di status keputusan saya. Rasa nak jerit masa 2.59 pagi check result. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! **poyo sikit jeww**

Tapi sekarang dah rasa boring sikit sebab xde benda nak buat atau xde benda nak dirisaukan. haha,ini memang manusia! Time rasa susah merungut, bila dah senang pon merungut jugak! Tapi saya nak bagi tahu yang bila dah ada masa, saya nak meneruskan aktiviti berblogging,harus! 

**Yang ade account instagram jemput follow ig baru saya.Nak mula berniaga kecil-kecilan.
Benda yang akan dijual semua barang yang perempuan pakai, selalu pakai, harus!!**

Jumpa u guys next entry,bye bye.

Ibu Iylia.


1 comment:

Faith said...

Hello! Saya telah cuba hamil selama beberapa bulan menggunakan kalkulator ovulasi ini dan saya mengalami masalah. Adakah anda mempunyai sebarang cadangan? Terima kasih!