Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Tahniah anak didikku!

Assalamualaikum!! Alhamdulillah.Gumbiranye hari ni! Segala penat dan lelah sepanjang satu sem rasa hilang! Phewwwwwwwww!

Hari ni keputusan pelajar UiTM diumumkan termasuk juga pelajar-pelajar saya.Saya rasa sangat bersyukur.Untuk semester ini
3,saya memberi pendekatan baru kepada pelajar saya & ia berjaya! "Anggap pelajar seperti anak sendiri" Ini kunci kejayaannya! Kiranya kalau saya masuk kelas ade 38 orang pelajar,bermaksud sy perlu mendidik 38 orang Thaqif! hihi.

Tidak dinafikan mulut saya agak lantang bersuara.Namun,bagi pelajar yang positif,dia akan menerima & jd kan sebagai satu motivasi.2 sem lepas,saya pernah ada seorang pelajar yang nakal.suka ponteng class tp sy akui yg dia bijak.So, beberapa hari sebelum final,sy msg pelajar tersebut "U dtg solat hajat malam ni,wajib" Si pelajar membalas "Solat hajat x boleh dipaksa madam". owh!!berani die reply cm ni ye! Sy reply semula "U kalau x dtg solat hajat malam ni,i solat JENAZAH kan u esok dalam class esok!!".

haaaaaaaaaaaaaa!Pernah jumpa pensyarah mcm ni?hihi.Alhamdulillah,mlm solat hajat tersebut si pelajar datang & dia kerap berjumpa dgn sy sebelum Final. Walaupun saya memberi carry mark pelajar tersebut,tetapi dia berjaya mendapat gred A utk subjek sy! UiTM yang tanda ye,bukan sy. Sekarang,pelajar tersebut telah pon bekerja di sebuah bank ternama di ibu kota dan beberapa bulan lepas sy mendapat msg ini dari dia :

haihhhhh.ape lg yang boleh saya cakap.terharu sangat!Sebab tu saya masih berada di sini untuk anak melayu! Saya akan cuba! Saya akan terus berusaha!!


ok! Statistik semester ini untuk di bandingkan dengan tahun lepas :

FIN358

Semester
Gred A
Gagal
Jun-Oktober 2013
28.57%
1.28%
Dec-April 2013
18.62%
4.83%

MAF330
Semester
Lulus
Gagal
Jun-Oktober 2013
92.86%
7.14%
Dec-April 2013
87.81
12.19%

Faktor semester lepas (Dec - April 2013 ) tu result x berapa cantik ialah mungkin kerana Puan Iylia sarat mengandung.So,students pon ikot sarat sama! Grrrrrr!!
InsyaAllah,sem depan kita sama-sama tingkatkan lg prestasi ini & mengharumkan nama kolej! 

x sah kalau entry mummy xde pic Thaqif kan? layannn! :) 


 kasi mummy interprame dulu! :)



 Hobby & tempat favret main! Depan pintu sbb boleh tgk pokok-pokok!!


 Eee.Geram! Tengok la tu!! Cara ambil gambar macam org besar.cara pozing tu x tahan! Mata konpom pandang camera! like son like mummy!! hihi



hero sangat muka Thaqif sekarang! Muka abang-abang! Memangla,Thaqif kan anak sulung mummy.Muka mesti abang-abang!! hihi.
 



 Hai.Nama saya Thaqif.Saya sudah berusia 6 1/2 bulan.

 ini daddy kita! Orang kata kita rupa daddy kita
tp mummy kita kata,kita rupa dia :)

Thaqif tau orng nak snap pic dia! Dia buat-buat lah lawak sombong tu. Dulu masa pregnant mummy kalau cekau students,cekau sungguh-sungguh kan! Kenan kat Thaqif.Tgk tgn die cekau muka mummy.sakit tau!

Check up 6 month hari tu.Jangan mimpi la nak duduk dlm bekas baby ni lg Thaqif,u dah besar. Ur kaki tu dah terkeluar dah pon. Dah panjang! Mummy xpernah panggil Thaqif baby Thaqif,kan? Since dalam perut,sy tahu je jantina anak sy boy, sy terus panggil die Muhammad Thaqif. First time doc tunjuk,sy dah mengalir air mata sambil sebut "Thaqifff..." Sy perhatikan ibu-ibu lain memanggil anak mereka dgn panggilan adik/baby. Entahlah,pd sy nama tu satu doa. Sy juga x pernah panggil anak sy baby Thaqif. Mungkin anak ke 4 ( yg last.hihi ) sy panggil baby kot. Thaqif anak sulung,so kene keras sikit! kena lasak sikit! kene kuat sikit,mcm mummy,TABAH!

No comments: