Assalamualaikum.
Kembali menulis.Jika ada kelapangan,memang menulis ni menjadi satu hobi.Almaklumlah, mulut jenis banyak cakap,banyaklah ceritanya!hihi. Semestinya update blog mengenai anak sulung sy, Muhammad Thaqif :)
inilah penawar suka & duka hati mummy!soalan normal jika jumpa orang "Thaqif dah pandai buat ape sekarang?" Kadang-kadang soalan ni agak mencabar jugakkan? xkan nak listkan semua yang anak kita dah boleh buat? kang dituduh riak! hahahahaha.reader blog mummy,sekarang Thaqif dah tumbuh gigi.nak keluar lg satu gigi.Thaqif belum merangkak cuma angkat montot shj tinggi. Thaqif dah boleh sebut nama Thaqif "Aaaaa..qih..." Thaqif dah pandai bawa diri.
Tang bawa diri ni,sy memang selalu ajar Thaqif.Kita ni masuk kandang kambing,mengembek. Masuk kandang harimau,mengaum! Sy lihat,Thaqif kalau ditempat orang,die agak behave jugak. Alhamdulillah.So,itu lah yang Thaqif pandai.sikit2 nanti mummy update lg :)
copong!Thaqif tengok ape sampai gaya cam tu?
oooo! Tengok pengantin la.hihi.
Time ni wedding saudara kami di Air Tawar,Melaka.Ramai saudara-mara dari Singapore! So,ramai la yg 1st time tengok Thaqif.Thaqif ok.kind of easy going person jugak.So,sorang uncle ni angkat Thaqif.Die senyapppp je sampai uncle kata "Kalau bawak die lari naik taxi senyap2 pon xde orang tau ni!" hahahahaaaa.sbb senyap je.kan mummy kata,Thaqif mcm mummy kecik-kecik. Behave je :)
ok!ini nak pot pet satu perkara.Dalam mendidik anak,sy lebih cool sikit berbanding hubby. Hubby cepat marah kalau Thaqif merengek.Secara jujur,saya tidak berapa setuju dengan cara marah-marah atau tinggi suara.Pd sy,cara itu tidak berkesan kerana ia membuatkan anak takut dan bukanny respect kita,Hubby xla marah teruk-teruk,tp bila meninggi suara tu,sy x berapa setuju. Bukan bermaksud sy x pernah marah anak.Sy juga manusia biasa,kadang-kala sy juga jd marah.
Sebagai contoh,raya yang lepas.Kami beraya rumah saudara & rumah tu agak panas. Thaqif menangis-nangis sbb peluh-peluh.rimas agaknya.Hubby ape lg,die pon panas sama. Dalam kereta,sy tegur, "Thaqif x boleh mcm ni.bukan semua orang senang.Thaqif kalau mcm td,Thaqif dah kecilkan hati org,Allah x suka.bla.bla.bla.." Alhamdulillah,lepas tu pergi mana-mana die behave.Sy selalu ckp dgn hubby "Time kecil ni la kita nak rapat dengan anak.Anak ni kecil,sekali je.esok die dah besar,kita nak cium die pon susah.kalau die da kawen,sebulan sekali je jenguk kita. Time tu jgn nak rindu pulak.Jgn garang sgt.Nanti anak x rapat dgn kita " Terpulanglah.masing- masing ada cara tersendiri.Sy lebih prefer cara menegur.InsyaAllah.
sy menulis mmg xde isi pertama,isi kedua.xde!ape nak cerita,cerita!Maklumlah,tengah menulis kang,Thaqif merengek nak susu.berhenti jap.sambung balik!Biasalah.ada anak. ok! pic atas ni ialah pic masa Thaqif pergi booking kambing for his Aqeeqah InsyaAllah 29/12 ni.So,mummy mmg sdg sgt bz sekarang ni buat itu ini.Ada satu hajat yg sy nak buat time wedding hari tu,tp xdpt.so,ingat nak carry foward time Aqeeqah ni. Tp dah tanye price,semua RM250 and above.Fuhh mahal hanya untuk tujuan itu! So,mummy decide utk buat sendiri.ape dia? Tunggu!
Rajin-rajinlah senyum semasa mengandung!InsyaAllah anak kita pon rajin senyumx payah di suruh.Ambil camera,terus dah ready senyum.hihi. Thaqif,Thaqif! kaki panjang sampai terkeluar dari stroller.nak dudukkan,belum boleh duduk lg.sabar.xde nye mummy nak beli stroller baru for u! hihihi.
Nampak x gigi Thaqif yang satu? hahahaha. Thaqif kalau over,cm ni la! Mummy ajar,smile sikit je.baru handsome! kalau cm ni,cm alvin Chipmunks! kih.kih.kih.
bos kecik! sibuk kita bergambar,sibuk die jugak.muka kesian.hihi.
dari tepi.lihat dan nilaikan :)
last but not least,pic favorite mummy!
Hubby : Best dpt kawen dgn u.Anak i terjaga.kemas.smart.x payah i ckp banyak,u tahu mcm mana nak uruskan anak.terima kasih
Senyum simpul mummy! Tqvm suamiku! **Blushing!**
**Daddy ckp camtu sbb ramai org Pagoh hari ni puji anak die cute**
Kalau suamiku baca,lain kali,kalau i mintak duit,bg je.Jgn tanya banyak.yg cantik,anak kita jugak :)
Bye!