Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

My son is six months old!

My son is six months old! Alhamdulillah.



Day 2 : 14/4/2013

Dari kat hospital mummy dah asuh Thaqif supaya friendly dgn camera! hihi

alahai..cinonit nye Thaqif!


Thaqif 4 bulan masa ni.Wedding sepupu saya di Pontian,Johor.
***Owh yea!sy nak let go overall Thaqif tu.Brand OshKosh B'Gosh.Guna 2 kali sahaja

6 month!

Assalamualaikum readers! Hari ini 13/10/2013,genaplah Muhammad Thaqif 6 bulan. Pejam celik sudah separuh tahun berlalu sejak Thaqif lahir kedunia.Sekejap je kan,sayang! Terima kasih kerana menggembirakan hidup mummy & daddy.Mummy berasa sangat bertuah kerana di kurniakan anak yang baik mcm Thaqif.Syukur :)

Mummy juga kelihatan semakin cekap menguruskan anak.sambil dukung anak tangan kiri,tangan kanan boleh masak sambal.Wow,supermom sangat!


Muhammad Thaqif.Bibirnya bagai dilukis.hebat ciptaan mu Ya ALLAH! 

Dalam menjangkau umur 6 bulan ni,Thaqif di duga dengan batuk berkahak.Saya rasa, mungkin berjangkit di Taska.Thaqif yg bawa virus! satu rumah semua batuk & selsema. Tapi,kalau kita da besar,xpe la.tahu mcm mana nak buang kahak kan?Kalau kecik lg mcm Thaqif? At first,sy mmg panic.Tp,xda masalah yg x boleh selesaikan,kan? Sy gugel & jumpa cara untuk merawat ,Alhamdulillah,Thaqif getting better!

Buat panduan mummy semua,ada beberapa cara antaranya ialah :

1. Wapkan bayi. Caranya: masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam 1 bekas yang agak lebar. Titiskan minyak yu yi atau minyak2 jenama lain yang seumpamanya ke dalam air panas. Bawa muka bayi dekat dgn wap air, (selubungkan kain atas kepala agar wap lebih tertumpu pada muka bayi. Kalau boleh muka anda masuk sekali untuk memastikan keselamatan bayi). Hati2 kerana air panas. – hasilnya: melegakan rongga2 pernafasan.

2. Tepuk2 bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Caranya: Bentukkan tangan anda seperti mangkuk, dan tepukkan badan anak anda. Gerakkan tangan perlahan2 sambil menepuk seluruh kawasan badan anak. Bunyinya
memang agak kuat, tetapi tidak menyakitkan anak.
3. Untuk meredakan selsema hidung tersumbat, boleh juga amalkan petua orang lama ini: ambil kunyit basah sebesar ibu jari (bukan serbuk), asah hujungnya pada lesung batu hingga terbit air kunyit. Sapukan kunyit yang diasah tadi pada batang hidung anak.


Saya cuba ketiga-tiga cara.ooppsss!cara yang pertama & ke dua hubby sgt cuak ye!Patutlah kami dijodohkan bersama.kami saling melengkapi.Kalau bab-bab mcm ni,saya lebih berani.

ok!Semoga anak mummy terus sihat dan kuat.kalau Thaqif nangis-nangis,sy akan bawa dia tempat sunyi dan try slow talk,"Thaqif,ini dugaan.Allah menduga pada orang yang disayang. dan..dan..dan..dll " Thaqif faham.Dia akan senyap dan continue main,main & terus main! kih.kih.kih.itu anak mummy!

berbalik pada cerita asal.kenapa mummy happy sangat Thaqif 6 bulan ni? Sebab Thaqif dah boleh makan.yahoooooooooooooooo! so,ape yang mummy bg?

Biskut bayi Milna & Nestun Beras yang ada kandungan susu jugak!

Mummy baru beli semalam.hihihi.Sy excited sangat sebab masa ni la kita boleh bagi makanan yang baik untuk membantu tumbesaran anak dari segi fungsi otak,saraf & juga antibodi.Dan,sebenarnya mummy x sabar nak makan sama-sama dengan Thaqif.Apa yang masuk dalam mulut mummy,mummy nak jugak ia masuk dalam mulut Thaqif tau! Sentimental habis,kan? Biasala,feeling mak-mak.

Thaqif makan guna sudu.puas memikir cm ne nak bg die makan.amik bouncing net,letakkan atas tu,nasib x terbobos je bouncing net tu! So,suapkan.mula-mula ok,lama-lama die dah x selesa tau.Perangai Thaqif ni sebijik moyang.x suka duduk atas rumah.kalau kita suruh makan,die punya xnak mcm kita g suruh berperang! Agaknya Thaqif belum biasa guna sudu.so,ade la dalam 10 suap je kot.pas2 Thaqif mengamuk,mummy angkat,tepuk2 die,Thaqif tido..boleh?

Mula-mula suap! senyum!! Thaqif ni mmg mat senyum sikit! 
sy sudah di beri hint dari Thaqif dalam perut lg.Ustazah kat college bg tahu.Bidan yg datang belek perot pon bg tau.Sampai kat kedai makan,ade seorang lelaki berkopiah mcm ustad gaya nye.Die tegur saya " Anak awak dlm perut ni suka senyum orangnya" 
Bila dah lahirkan Thaqif,mmg la.Tengah tido pon boleh senyum! 

sudah mula gelisah dan tunjuk muka xmoh mummy! xmoh dah!! xsuka guna spoon! Difficult!!

nak story pasal perjalanan Mummy ili dalam breastfeeding. dulu sebelum bersalin,sy memang dideahkan dgn kelebihan BF.kalau org tanya,"Nnti anak nak minum susu apa?" Dengan yakin sy akan menjawab anak sy fully BF! Bila dah lalu sendiri,wah!!bukan mudah ye perjalanan BF. Pelbagai rintangan,tp sy enjoy!Serious. Pd mulanya susu sy agak kurang,tp setelah mencuba supplement Shaklee,susu sy meriah! sangat meriah! Since bulan puasa,agak merundum ditambah pulak dengan sy yg x constant makan supplement. Kadang-kadang terlupa.Kadang-kadang dah ingat,tp bila ngadap Thaqif,tros lupa semua! Kadang-kadang dah ingat,tp penat,tertido! haaaa.gitulah!

Lama kelamaan,susu mmg drop habes!ditambah pulak dgn kesibukan di opis.sy hanya mampu pump sekali sehari je.Salah diri sendiri jugak,sbb malas! Tp kadang-kadang,bz. Alasan sangat!Sy jd stress bila sekarang ni terpaksa beli susu 4 kotak sebulan. huhhh! mengeluh sangat.Thaqif minum susu Enfalac A+. Mula-mula dulu sy pilih susu yang mahal sikit sbb susu ni untuk top up je kat Taska.Dirumah mmg fully BF.so,x kesah la ambil susu mahal pon sbb sebulan hanya guna sekotak je. sekarang? hamikk kawww! Sengsara sangat.

Oleh kerana itu,saya akan berusaha kembali untuk mengembalikan susu yang melimpah ruah.Selain BF ni kosnye murah,ia juga pd sy lebih mudah disediakan.Kalau guna susu FM leceh! nak g jalan kena bawa thermos la.ape la..itu la...ini la....Grrrrr! 

hahahhahahahahaaaaa.panjang jugak entry ni! ni lah cerita sy & Thaqif sepanjang 6 bulan pertama kehidupan kami.Lastly,happy 6 months my SON!

No comments: