Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,Isteri yang solehah,Isteri yang sentiasa dihati,Amin, Ya Rabb.

Kembali menulis!

Assalamualaikum semua!! Lamanya saya berhenti menulis blog. Kalau yang dulu rajin baca blog saya mesti tahu perkara pertama setiap entry akan didahului dengan gambar terkini anak bujang saya Muhammad Thaqif yang kini berusia 3 tahun 4 bulan 1 hari :)



** Muhammad Thaqif Bin Halil
Kata babah "pic dari jauh memang comel,bila zoom nampak gigi hancusss.lol.**


**Belanja pic Thaqif & ibu**

Perkembangan saya setakat ini..baru sahaja menamatkan pengajian! Phewwwww lega sangat! Tak perlu nak bangun 5 pagi sabtu atau ahad untuk hafal points dan formula. Tak perlu lagi nak korbankan hujung minggu sabtu dan ahad. Tak perlu lagi meninggalkan anak untuk study. Tak perlu fikir problem ke symptom problem ke sympton? Tak perlu google ayat-ayat untuk presentation! Tak perlu lagi stress. Tak perlu lagi otak bekerja isnin-ahad tanpa henti. Segala pengorbanan ini demi masa depan yang lebih cemerlang giteeww! 

Satu je benda bila nak sambung belajar ni pada sy, KAWAN! Kawan kena pilih yang betul sebab kawan yang betul akan banyak membantu. Masa semester 1, Thaqif warded rota virus 2 minggu dan semasa semester berjalan. Allah,dalam hati memang rasa nak quit sebab fikir assignment x buat! Mustahil untuk lulus kalau x buat assignment! Mujurlah Allah bagi rezeki kawan-kawan yang baik. Sorang hantarkan buku kat rumah ( utk book review ) dan sorang lagi emailkan journal ( utk journal review ). Hanya Allah yang boleh balas jasa korang berdua!

Dalam hati dah fikir quit sebab rasa bersalah sangat pada anak.Adakah ibu terlalu pentingkan diri sebab sambung belajar sewaktu anak masih kecil? Mungkin belum masa,kena tunggu anak besar sikit? Arghhhhhhhhhhh! Tension sangat masa tu. Mujur ada kawan bagi support dan kata-kata positif dan mujur juga saya berjaya kentalkan hati. Tup tup pejam celik pejam celik, dah appeared COMPLETE di status keputusan saya. Rasa nak jerit masa 2.59 pagi check result. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! **poyo sikit jeww**

Tapi sekarang dah rasa boring sikit sebab xde benda nak buat atau xde benda nak dirisaukan. haha,ini memang manusia! Time rasa susah merungut, bila dah senang pon merungut jugak! Tapi saya nak bagi tahu yang bila dah ada masa, saya nak meneruskan aktiviti berblogging,harus! 

**Yang ade account instagram jemput follow ig baru saya.Nak mula berniaga kecil-kecilan.
Benda yang akan dijual semua barang yang perempuan pakai, selalu pakai, harus!!**

Jumpa u guys next entry,bye bye.

Ibu Iylia.


Surprise untuk kami :p

Assalamualaikum.

1st of all,selamat berhujung minggu!weekend kali ni sangat heaven kot sebab sy & hubby cuti since khamis.just to spent time 2gether especially dengan pria kami yang sorang itu! sementara students cuti,bolehla ibu pon cuti.Nanti kalau students dah masuk,tenaga ibu extraordinary.kih.kih.kih.

?>

seperti biasa,muqaddimah pembuka bicara.Muhammad Thaqif,amanah dari Allah untuk kami. haaaaaaa!Mesti nak tau Thaqif dah pandai ape kan? Thaqif semakin lasak & aktif. Sudah memnajat kesana dan kesini.Berjalan belum boleh lagi. Menjawab soalan kita,laju dengan nada yang betul cuma sebutan ajae lain.haha.
Thaqif main bola,baling punya baling,termasuk bawah meja.Thaqif dengan gaya super hero nak pergi kejar bola.

ibu : Thaqif,NO!! ade mouse bawah tu.
Thaqif : Ata ta ta atta taa atta ( dengan nada bola bawah meja )
ibu : Nanti ibu ambil.dun worry!
Thaqif : Ata ta (Ok)

kadang-kadang bila driving ke opis,ingat-ingat balik,kelakar sangat.gaya ckp tu mcm paham benor.tp yg atta ta ta tu x tau la ape die cakap.kalau bercakap,bulat-bulat mata.hihi.

ok!berbalik pada topik.Jumaat hari tu,kami memang xda program.cuma mengemas rumah je.Lepas solat Jumaat,hubby suruh siap,nak jalan-jalan.Dengar je jalan-jalan,xpayah tanya kemana,terus melompat siap.masuk dalam kereta,hubby drive menuju jalan kampung.Eh! nak g mana ni? nak g shopping mall bukan ini arahnya! hihi.

rupa-rupanya hubby nak celebrate befday saya in advance sbb 8 May nanti xdapat cuti.owh!Terharu disitu :) kami x tido kat PD,just jalan-jalan je.tengok pantai.PD dari rumah dekat sangat.40 minit dah sampai.dah pekena cocnut shake,kami decide nak bawa Thaqif tengok ostrich. ok lah.aktiviti biasa.Yang penting ikatan kasih sayang yang insyaAllah berpanjangan :)


dah besar anak ibu.sekejap je kan sayang.
suka baju Thaqif yang ni.cute! menyesal x borong warnan-warna yang lain.
masa dulu-dulu,saya jenis pakai baju tu sekali je.paling kuat pon 2/3 kali.pas2 dah,simpan.
bila nak keluar rumah,sy akan duduk depan almari dan termenung sambil cakap "xde baju la.." walaupun baju selambak dalam almari.haha.
tapi dah kawen dan lagi-lagi dah ade anak,x boleh la gi tu dekk nonnnnn!
Pengsan hubby.
sifat tu dah terbiasa dan kadangkala turut dipraktikkan pada Thaqif.
kalau shopping dengan babah,beli ape yang perlu je.xboleh lebih-lebih hingga membazir.
ye lah,hubby banyak tanggungjawabnya.kita pon kena faham.as long as makan pakai kita anak beranak terjaga,syukur alhamdulillah.

tp!mujur saya kerja.ada duit sendiri.kadang-kadang beli sorok-sorok.Tau-tau nak kuar jalan,Thaqif pakai je.Nanti hubby tanya,bila beli baju? Dengan muka x bersalah saya akan jawab,owh hari tu jalan dengan kawan-kawan,ade sales 50% tu yang beli.kui.kui.kui.
Hakikatnya,Nan-Ado.ibu selalu ambil new arrival. mana ade discount ;p


handsome!eh,bukan perasan.siapa lagi nak puji kalau bukan ibu sendiri,kan? Dalam hidup ibu so far, jejaka yang handsome ada dua orang je. Halil & Thaqif. Kalau ade next.next,next baby boy,tambahlah koleksi jejaka handsome dalam hidup ibu. alamak hai,seramnya next boy! Boy ni lasak kemain lain macam. Malam td 4 pg bangun sebab terjaga Thaqif tengah panjat badan saya nak terjun katil.kussss semangat.x dapat ibu,babah pulak.ibu terfikir-fikir Thaqif dapat mimpi apa sampai bangun panjat-panjat ni.
nasib ibu belum ade baby dalam perut lagi.kalau x,mnemang sian adik kne lenyek dengan Thaqif hari-hari.


pergi mana-mana orang dok cakap muka babah,muka babah,muka babah.x kisahlah. Thaqif lahir dengan sempurna dah jadi satu bonus buat ibu. and now,orang taulah babah Thaqif handsome,kalau x,xkan boleh keluar Thaqif yang digilai makcik-makcik Taska Manja Bonda.hahaha.(taste makcik-makcik sajo)
pernah one day,saya hantar Thaqif & sy bagi tahu yang mata Thaqif bengkak sikit sebab kena gigit semut.nak minta diorang sapukan ubat.sudahnya makcik cakap 
" Macam mana x kena gigit semut,orangnya manis..."
wow!makcik meh datang rumah.Tengok bila Thaqif mengamok nak tido.Masam-masam manis jadi!hihi.


si manja babah!


ibu dan babah tengah lari-lari anak kat pantai.Thaqif duduk sini malas nak join. bagi ibu & babah privacy sikit.hihi. Mood baik sebab cukup tido.Kuat tido macam babah!


ni kami di ladang ostrich.ada orang guide.best jugak sebab orang x ramai kan.Babah tunjuk skill bagi makan burung kunun!hihi :)





time ni kelakar! Si ostrich ni panjangkan leher die nak ambil makanan.Thaqif boleh nak pegang eh? menjerit-jerit saya takut.haha.ibu emosional lebih.Biasalah,kata ibu kan..?


tanx a lot hubby.tanx 4 everyting'.



itu sahaja cerita kami di PD. 
8 May ni saya mengharapkan satu hadiah.Nanti saya bagi tau samada saya dapat atau tidak.
Masih lagi berdoa supaya dikabulkan hajat saya.

InsyaAllah.

Jumpa lagi.




Kasih dan Doa Ibu hingga ke Nafas Terakhir



WARNING!! 

Entry kali ini sangat panjang :)


Married! 


ini kelakar! sampai sekarang kalau saya ingat kisah ni,memang tergelak-gelak. Seminggu kawin dah beli UPT test.mampu? haha.x pandai kira hari subur semua tu!!!! nasib ada kawan yang membantu.kawan yang dah kawin.call mereka semata-mata nak belajar walhal dalam internet berlambak!! nampak x? hadoi..iylia! please lah!!

10 hari kawen,datang bulan.die punya sedih,perghh! Macam suami x balik 15 tahun.hihi.bukan saya je sedih,mama lg sedih.terduduk terus saya bagi tahu sy datang bulan.
Masa tu ialah masa untuk belajar.google & call kawan.baru lah pandai kira hari yang sepatutnya & dll.sy kahwin 1/7. lepas tu puasa.masa raya ialah date line nak tau pregnant ke x,pregnant ke x.Ya Allah,adakah aku akn kecewa sekali lg? Macam-macam fikir. 

Harinya tiba!eh,x datang pon? Terus beli UPT test. arghhhhhhhh! -ve!! 
3 hari,x datang lg? UPT test lg!! eh,samar-samar.happy!!!
seminggu,UPT test lg. Alhamdulillah,cornfirmed! 

Kadang-kadang naik malu pergi farmasi.first time beli UPT test,menggigil tangan.takut orang kat kaunter fikir bukan-bukan.ape ntah ibu ni kan? Anak halal :)


Inilah kerja saya. UPT,UPT,UPT!! Nanti Thaqif dah besar,baca balik tau kisah ibu ni. Thaqif akan tahu betapa excitednya ibu & babah menunggu kehadiranmu.



hello ibu dan babah! I'm happy here :) Thaqif pd minggu ke 23



Thaqif sangat notty! dalam perut dah nampak kenakalannya.tp xpe,fakta mengatakan anak yang nakal masa kecil insyaAllah bijak.InsyaAllah.

Ibu : Doktor! hidung anak saya mancung ke x?
Doktor : Tengok tu,anak awak tutup hidung xnak bg tengok.ibu & bapa yang lain,soalan pertama tanya anak sihat ke x.Awak tanya hidung??

hihi.akhirnya?? Batang hidung naik, tepi hidung kembang!perfect.dua-dua ada.


saya membesar dengan jayanya! Proses mengandung saya tidaklah terlalu teruk.Ok ok saja.ada muntah-muntah jugak.Tp masih tahap biasa-biasa la.standard org mengandung lah :) waktu ni,untuk pengetahuan Thaqif,ibu mengajar 32 jam seminggu yang mana standard mengajar ialah 20-24 jam sahaja. ibu rasa ibu hebat sbb ibu xda kelas malam dan anak dara pon belum tentu punya semangat seperti ibu.

Saya mengajar FIN358,MAF330 dan INS312. waktu ni subject insurance xda lecturer.kesian students.Jd,ibu curahkan sedikit ilmu yang ada pada mereka. Niat ibu satu,ibu didik anak orang lain sungguh-sungguh and hopefully one day cikgu akan didik Thaqif sungguh-sungguh juga :) Minggu-minggu genting iaitu minggu ke 30,ibu masih larat buat extra class dan ibu masih boleh jalan kaki ke kelas untuk mengajar seperti biasa.

sebab apa ibu macam tu? Masa mengandung,apa perangai kita,anak akan ikot.Ibu try jd yang the best untuk Thaqif admire,chehwah!!



2.00 am : Buang air dan terlihat ada darah.saya menjerit panggil suami!
5.00 am : Perut semakin bergelora dan tak tahu nak ceritakan bagaimana rasanya.
Ibu & Babah gerak ke Hospital.
6.30 am : 2 cm bukaan jalan.
10.00 am : Masih lg 2 cm bukaan jalan.Ibu rasa sakit sangat.Ibu rasa nak menjerit. Ibu xtahu nak cerita macam mana sakit tu.x keruan.terbaring,meniarap,mengiring.semua x kena!
3.00 pm : 7 cm
5.00 pm : 9cm dan start "push.push.push"
7.00 pm : Thaqif masih belum keluar. Babah ada disamping ibu.
7.29 pm : Tangisan Thaqif di bumi ini bergema,Alhamdulillah.










Anak.anak.anak! saya manusia paling gembira ketika ini.terima kasih buat yang maha-Esa kerana memberi saya peluang untuk rezeki anak. xpe lah xde duit banyak dan kaya raya,rezeki anak membuatkan saya rasa saya wanita bertuah di dunia!
saya insan paling bertuah walaupun pada ketika ini doktor memberitahu sesuatu perkara yang tidak ingin sy dengari.


see!muka Thaqif!!haha.skema habis!diam je,xtau nak buat apa.terkebil-kebil mata.tp,masa ni,dia belum boleh lihat lg kan sebenarnya. cuma yang dia boleh lihat seperti malaikat.

first! Pic yang sy snap! He's so cute!! side burn mahal ooo! Thaqif dilahirkan seberat 2.4kg , 46cm dan berambut lebat. betul lah kata orang tua-tua. kalau masa mengandung perut kita selalu gatal,rambut anak lebat! lg satu, kalau kerap buang air kecil,pon dikatakan rambut anak mungkin lebat.sy amalkan minum air kelapa sejak usia kandungan 7 bulan.air kelapa muda,jangan tua! kang anak xde rambut terus! hihihihi.
                                 

                                                                                                   
alhamdulillah! suami sy berpeluang untuk mengazankan zuriatnya sendiri.penyambung generasi Halil,insyaAllah. 

masa sy sedang buat keputusan untuk berkahwin,sy doa pd Allah satu je.satu je yang sy minta,x lebih. sy mohon,beri saya seorang suami yang akan menjadi bapa yang baik buat anak-anak sy.x sayang sy,x hargai sy,nak buat apa-apa pd sy,buatlah.tp jgn sesekali pernah mengguris hati anak-anak.sy mahukan lelaki yg sayang anak-anak.tahu tanggungjawab dengan anak dan rapat dengan anak. 

Alhamdulillah Allah makbulkan doa sy.Suami bukan sahaja baik dgn anak tetapi juga dengan saya.As long as suami tahu tanggungjawab,itu sudah cukup sempurna :)

                                                                                          
Thaqif dan maksunya. manja macam kucing.hihi. Thaqif,nanti dah besar,baca blog ibu & u will noe how much i love you! Bg saya,Thaqif seorang anak yang cukup istimewa. Dugaannya hebat. Thaqif mesti ingat,Allah x akan menguji jika kita tak mampu untuk hadapinya. apa-apa masalah,Thaqif boleh cerita pada ibu. Thaqif jangan cepat mengalah ye syg. 


mengenai cukur jambul. ini ailah permintaan suami agar kami tidak mengadakan apa-apa majlis cukur jambul. kami hanya cukur rambut Thaqif,timbang & nilai timbangan itu ditukarkan mengikut harga emas dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sebagai seorang isteri,saya mengikut kehendak suami walaupun penat nak jawab soalan orang ramai "x buat majlis ke?" "Eh,da cukur rambut?xda majlis"

tepuk dada,tanya selera.masing-masing ada cara tersendiri. Thaqif jgn fikir ibu dan babah kedekut tau! bukan..babah turut menunjukkan ibu beberapa artikel yang berkaitan mengapa dia minta dibuat sebegini cara.


nak baca boleh click Info Cukur Jambul



Mengikut islam, nama anak boleh diberitahu pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi.Yang ini betul-betul saya baru tahu. InsyaAllah,anak ke 2 akan diamalkan :)

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)


Kesian muka anak ibu! masa ni,1 month old baru.so,diam lagi.apa kita buat,senyap je.belum pandai kuak kupu-kupu :)



si ibu bergaya ala-ala PRO! hihi.




tadaaa!dah siap :) Thaqif apa kisah,sleep,sleep dan terus sleep. 
rasanya pic ni saya tidak pernah share di FB/Insta. jd kira khas untuk tatapan pembaca blogger sy.kui.kui.kui.


first time warded! ibu mana yang suka lihat anaknya sakit? sedih,pilu penuh dalam hati.bercampur baur. dis time,Thaqif demam 6 hari x baik-baik. suhu 38 je..masa doc tahan,suhu Thaqif 39.2 dan terus doc bg ubat time tu jugak. bila anak demam,risau. takut perkara bukan-bukan yang jadi.minta dijauhkan.

apabila terbaca luahan hati isteri pramugara MH370,sy tersentuh dgn ayatnya " Allah is great to lend you as a GIFT to me even for a short period time ... "
walaupun berkali sy baca luahan hati isteri,mmg syahdu. 

Thaqif adalah GIFT untuk ibu yang paling bernilai. Allah baru bg ibu GIFT ni,setahun! banyak kenangan indah kita bersama kan sayang. Semoga allah pinjamkan Thaqif untuk ibu dan babah dalam jangkamasa yang panjang. Ibu nak buat macam-macam perkara dengan Thaqif. (sebak!!)




Setiap kali tukar bulan,setiap kali tu akan demam.Malam-malam ibu dipenuhi dengan rengekan dan tangisan Thaqif. Terima kasih sayang,ceriakan hari ibu :)
Kalau xda anak,ibu tidur berdengkur-dengkur agaknya!hihi :)
Thaqif kena kuat semangat tau! Jangan sesekali give up dalam hidup ni.Thaqif mesti strong macam ibu! exactly like me!

pejam celik, pejam celik, dah setahun kita bersama.indah sangat.

Antara memori kita bersama :













perhatikan gaya mulut yang sama untuk setiap pic :)



cara senyum sinis kami.kui.kui.kui.


once upon a time! lipat-lipat jeans tu.sekarang,dah senteng.dalam almari diamnya!


Thaqif yang murah dengan senyuman.rajin senyum time pregnant,nti turun ke anak :)





alhamdulillah! terima kasih atas kurniaan segala kebagiaan mu ya Allah.
Selamat Hari Ulang Tahun yang pertama Thaqif.Ibu doakan SEGALANYA yang terbaik untuk Thaqif.Selagi ibu bernyawa,doa ibu xkan putus untuk Thaqif,InsyaAllah & ameen.